Ahad, 22 Jun 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

AHAD 22 JUN 2025

PERANG MASIH DITERUSKAN


IRAN DAN ISREAL
BBC pagi ini membawa berita bahawa pesawat B2 Amerika telah mengebom fasilitas nuklear Iran di FORDOW. Ini ertinya Amerika dah masuk campur. Trump berkata pesawat B2 itu semua pulang dengan selamat.

KITA TUNNGU aPa jawapan Iran. Jeng Jeng Jeng. Setan besar wajib di lawan.

Israel menyerang Iran. Israel ada 10 juta penduduk. Iran ada 90 juta penduduk. Israel dah tiga tahun masih belum dapat mengalahkan Hamas di Gaza. SEKARANG MIMPI  nak kalahkan Iran.  kah kah kah.

Apakah MASUK AKAL Israel. akan mengalahkan Iran? Kah Kah Kah.

Fakta sejarah menunjukkan : Amerika masuk berperang  tak pernah menang. Tahun 1974 kalah di Vietnam.  Kalah di Afghanistan. Kalah di Syria. Kalah di Iraq. Kalah di Libya. Hanya menang di Granada dan di Panama – Kah Kah Kah.

INI MAO ZEDONG kata  Amerika hanya  HARIMAU KERTAS kah kah kah.

Bila perang merebak ini baik. Pecah perang dunia lagi baik. Kita boleh susun kembali dunia baru. Jika BOM NUKLEAR meledak kita sesama hancur. AMIN


PAKISTAN
Negara ini mencadangkan agar  Trump di beri Hadiah Nobel Keamanan kerana peranan  Trump menghentikan perang India-Pakistan. Ini PROJEK BODEK – Pakistan dah bankrap nak pinjam duit dari Amerika kah kah kah.

SELAT MELAKA
Kapal Perang Amerika USS Nimitz melintas masuk Selat Melaka dari Lautan Sunda. Kapal Perang ini menuju ke Iran.

ISRAEL
Banyak warga asing mula  meninggalkan Israel.  Keluar ikut jalan darat masuk ke Jordan. Lapangan terbang semua tutup banyak telah rosak musnah di bom oleh Iran.

IRAN
Presiden Iran beri AMARAN  jika Israel terus menyerang  Iran akan membalas lebih hebat lagi dari apa yang  telah dilakukan sekarang.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berkabus nipis. Hujan renyai petang kemarin. Langit  biru pucat berawan putih

Pagi ini gua dengar suara Tekukur dari atas bukit.  Tiong bersuara jauh.  Pagi Ahad ini agak  tidak sibuk. Tak ada Abang Ptong Rumput. Warga Asal bersuara jauh di Kwantung.

Gua yakin hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Pasar Chow Kit – makanan  untuk Ezi dan Tak Tak dah habis. Buah untuk gua pun dah habis.

BRO
SENYUM SENYUMLAH
DI PAGI AHAD

Ambil seterika dari peran
Ampai baju atas galah
Bila Amerika serang Iran
Sekali lagi akan kalah

Sapu rumah indah kemas
Bilik bersih lagi bercahaya
Israel cuba nak hapuskan Hamas
Sampai sekarang tidak berjaya

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: