PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 19 JUN 2025
IRAN TERUS SERANG ISRAEL
ESOK KITA BERDEMO
FATTAH 1 SENJATA CANGGIH
Iran terus melancarkan peluru berpandu Fattah 1 membedal Israel. Ini peluru berpandu hiper sonik – saya ulang - hiper sonik. Peluru ini berjaya menggagalkan IRON DOME buatan Amerika. Perisai ini dikatakan tercanggih dan terhebat dalam dunia. Hampeh karut - Iran membuktikan kemandulan Iron Dome . Amin.
LARANG LARANG
Israel kini melarang warga dari mengambil klip video yang menunjukkan runtuh rantah dalam Israel. Ini kerana klip klip yang keluar dalam media sosial membuktikan kejayaan Iran. Kah kah kah.
BUNGKER BUSTER
Fasilitas nuklear Iran tersimpan dalam bumi. Bukan saja bumi malah dalam gunung. Hingga ke hari ini Zionis Israel gagal memusnahkan fasilitas ini. Justeru Setanyahu mahu Amerika masuk memerangi Iran. Hanya Amerika ada bom BUNGKER BUSTER yang berat 2000+++ pound yang boleh meledakkan gunung. Bom berat ini hanya boleh di angkut dengan pesawat B2 – hanya Amerika ada.
MINYAK MINYAK MINYAK
Jika Amerika masuk campur perang akan merebak. Harga minyak akan melonjak naik. Selat Hormuz wilayah Iran akan menghalang laluan minyak. China dan Jepun akan gelabah tanpa bahan bakar minyak petrol.
ESOK JUMMAT KITA BERDEMO
Kawan-kawan mari kita turun beramai-rami esok – jam 2.00 petang. Kita BERHIMPUN di Dataran Tabung haji. Dari sana kita berarak ke kedutaan Amerika.
Marilah bersama-sama bersetia kawan – bersolidariti – dengan Iran.
IRAN
Ayatollah Khamenei berkata – Amerika jangan masuk perang ini. Nanti menyesal. Ayatollah juga berkata: Iran TIDAK akan menyerah kalah.
RUSIA
Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov memberi Amaran kepada Amerika : Jangan serang Iran.
AMERIKA
Trump berkata dia belum membuat keputusan nak serang atau tidak serang Iran.
GAZA
144 mati dalam masa 24 jam kemarin di bunuh oleh Zionis Blackrock.
JEPUN
Mencatat cuaca panas yang bukan bukan. Suhu naik ke 35 Celsius dalam 14 bandar di Jepun.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Matahari dah keluar. Cahaya amat lembut Langit biru pucat macam ada air nak gugur.
Di Pintu Masuk atas bukit kiri Tekukur bersuara. Dalam gaung kanan Jantan berkokok. Dalam belukar Cengkerik bersimponi.
Ha ha Kiok Kiok Kiok – suara kuat – gua tak tahu burung apa. Ini suara baru. Di langit deraman pesawat nak ke KLIA.
Hari ini pasti panas. Tak Tak dan berjemur di balkoni.
BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUMAN
BRO
Kebahagiaan bukan datang dengan sendiri. Semua bergantung dari apa lu buat.
BRO
Hidup ini pertanyaan. Bagaimana kita menjalani hidup itulah jawapannya.
BRO
Kerja lu kemarin tak siap lu sambung dan teruskan hari ini. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan