PAGI INI
PAGI INI
SABTU 28 JUN 2025
HARI DEMO JAM 2 PETANG
LAWAN MADAFAKA
PERANG
Nampaknya gencatan senjata antara Iran dengan Israel masih berjalan. Tetapi semua memerhati kerana tak yakin Zionis akan mematuhi.
Dalam masa yang sama Iran sedia menunggu. Jika Zionis langgar gencatan maka Iran akan membalas.
BOM BANGUNAN KOSONG
Di Amerika cerita lawak Trump bom bangunan kosong masih heboh. Media masih mempertikaikan apa betul B2 telah berjaya meledakkan fasilitas nuklear Iran. Kah kah kah.
TRUMP menyumpah dan mencarut. Trump terus menuduh media ini sengaja menyebar BERITA PALSU – kah kah kah.
SATU MALAYSIA tunggu barang naik harga. Ha ha – berapa nanti sekilo avokado ? Jeng Jeng Jeng.
IRAN
Kemarin hari pengebumian. Pahlawan dan para saintis yang telah tewas gugur di tangan Mossad di semadikan.
CANADA
Perbincangan dengan Trump tentang hal tarif di hentikan. Trump tuduh Canada sabotaj bisness Amerika.
UK
Kerja keras sedang di jalankan dalam lembaga risikan MI6. Lembaga risikan ini sedang mencari double ajen yang telah berjaya masuk ke dalam MI6
NORWAY
Anak lelaki bakal Permaisuri Norway di tuduh merogol dan melakukan serang seksual.
GAZA
Trump yakin minggu depan akan ada gencatan senjata Gaza
AMERIKA
Trump merancang hendak bom Iran sekali lagi. Sekatan akan di perketat.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar. KL & KL Sentral berkabus tebal. Hujan lebat petang kemarin. Mata hari dah keluar. Cahaya indah. Langit arah Shah Alam dilihat biru. Arah Sungai Besi masih putih pucat.
Suara Tekukur memecah pagi. Gua tak dengar suara Pipit. Mungkin rumput basah tidak menjemput mereka mencari rezeki.
Petang nanti gua ke Sogo – BERDEMO - kempen Tangkap Azam Baki. Kempen lawan Madafaka kah kah kah.
Wow ! Apakah akan panas hangat pukulan mata hari. Pasti berpeluh hilang satu kg berat badan kah kah kah.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU
Jangan bersedih jangan beremo
Ambil kipas di rumah Cik Fakar
Ramai ramai kita berdemo
Lawan Madanon dan Madafaka
Beri sedekah buat baik
Hidup bahagia sepanjang hayat
Cukai naik bil leterik naik
Jadikan umpan hasut rakyat
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERDEMO


Tiada ulasan:
Catat Ulasan