Selasa, 3 Jun 2025

PILIHAN TEPAT




Shahrul Ikram duta baru Malaysia ke  Amerika Syarikat

Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan bekas ketua setiausaha kementerian luar negeri, Shahrul Ikram Yaakob, sebagai duta baru Malaysia ke Amerika Syarikat.  

Shahrul menerima watikah pelantikannya hari ini.  

Dia menggantikan Nazri Abdul Aziz, yang kontraknya sebagai duta tamat pada Februari lalu.  

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, mungkin akan mendapat jawatan itu.

Ini memandangkan tempohnya dalam kabinet akan berakhir pada Disember setelah dia menamatkan penggal kedua, sekali gus terakhir sebagai senator.  

35 tahun dalam dunia diplomatik

Sementara itu, Bernama melaporkan Shahrul Ikram mempunyai pengalaman lebih 35 tahun dalam perkhidmatan diplomatik.

Dia memegang jawatan ketua setiausaha Kementerian Luar dari 6 Jan 2019 hingga 31 Mei 2022.

Anak Pahang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Ekologi dari Universiti Malaya dan mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School pada 2009.

Dia memulakan kerjaya di Kementerian Luar pada 1988 sebagai pegawai tadbir dan diplomatik.

Sepanjang perkhidmatan, dia ditauliahkan sebagai duta besar Malaysia ke Qatar dan Austria serta wakil tetap malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tugas diplomatiknya sebelum ini turut merangkumi penempatan di Perwakilan Tetap Malaysia di Vienna, Washington DC dan Beijing.

Dia juga pernah menjawat jawatan timbalan ketua setiausaha Hubungan Dua Hala, ketua pengarah Sekretariat Asean-Malaysia (semasa Malaysia menjadi pengerusi Asean pada 2015) serta setiausaha Bahagian Politik Pelbagai Hala.



TAHNIAH

INI PILIHAN

TEPAT BUKAN

KAKI PUKUL

MACAM NAZRI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh spik americano tak? Payah nak cari budu, tempoyak dan derian halal kat sana weiii...ini siksa..