Ahad, 6 Julai 2025

LAGI SEKATAN KE ATAS RUSIA





Trump bayang kenakan sekatan lebih ketat ke atas Russia

MORRISTOWN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Russia, Vladimir Putin, mengenai perang di Ukraine 'tidak menggembirakan'.

Menurutnya, pemimpin itu hanya mahu 'terus melihat lebih ramai terbunuh'.

"Keadaan sangat sukar. Saya memberitahu anda, saya sangat tidak berpuas hati berhubung panggilan dengan presiden Putin.

"Dia mahu meneruskannya, membunuh lebih ramai, ini tidak baik," katanya kepada pemberita di Air Force One.

Trump turut memberi bayangan beliau mungkin mengetatkan lagi sekatan terhadap Russia, setelah menangguhkan keputusan itu selama enam bulan dalam usahanya memujuk Putin untuk menamatkan perang.

"Kami banyak bercakap mengenai sekatan. Dia faham bahawa ia mungkin akan dilaksanakan," katanya.

Kata Trump lagi, beliau dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berhubung menerusi 'panggilan yang sangat strategik' pada Jumaat, ketika kebimbangan meningkat di Kyiv mengenai penghantaran bantuan ketenteraan AS.

Zelensky sebelum ini berkata, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk bekerjasama bagi 'menguatkan' pertahanan udara Ukraine.

Ia susulan Russia melancarkan dron dan peluru berpandu terbesar dalam pencerobohannya ke atas negara itu.

Trump berkata, beliau juga berbincang untuk menghantar peluru berpandu pemintas Patriot ke Ukraine dalam panggilan berasingan dengan Canselor Jerman, Friedrich Merz pada Jumaat, walaupun belum menyatakan persetujuan untuk berbuat demikian. - AFP

WOIT

NAK SEKAT

APA LAGI

KAH KAH KAH

SELAMA INI

SEMUA SEKATAN

GAGAL RUNTUHKAN

EKONOMI RUSIA

KHALAS

Tiada ulasan: