PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 10 JULAI 2025
HARI INI MAHATHIR UMUR 100 TAHUN
HARI JADI MAHATHTHIR
Hari ini Mahathir dah berumur 100 tahun. Dia masih sihat dan masih aktif. Hebat. Hebat. Satu pemimpin dunia yang masih aktif. Apa rahsianya?
Masa dia jadi PM kali ke dua gua pernah beri dia satu botol air ketum. Gua minta dia minum dan rasa. Gua katakan ini bawa khasiat yang baik. Gua pengguna. Gua minta dia bawa isu KETUM DALAM PARLIMEN. Jeng jeng jeng.
Dulu GUA panggil Mahathir: Mahafiraun – Mahazalim – ini zaman REFORMASI. Gua masuk jil dua tahun. Sekarang ZAMAN MADANI kita ada MA DA FA KA.
Jadi jangan lupa SABTU 26 Julai 2025 - Kita turun ke DATARAN MERDEKA – kita lawan Madafaka.
Kalau rajin Senin 14 Julai kiat bersama PEGUAM berdemo lawan Madafaka di Putrajaya – Mula jam 10 pagi. AMIN.
TITAH TAMBAHAN
Kah kah kah – akhirnya di umumkan secara resmi bahawa TITAH TAMBAHAN ini wujud kah kah kah. Tapi dibuat tidak mengikut aturan.
PERSOALAN – mengapa selama ini TIDAK DI AKUI kah kah kah. Apa pasal ? Kenapa? Nak sorok apa ? Jeng jeng jeng.
Jangan ingat gua suka Najib bebas. Tidak. Gua bukan sokong Najib. Gua sokong apa saja – sesiapa saja yang akan tibai Madafaka. Ini namanya : UNITED FRONT - Musuh ke pada musuh kita adalah kawan.
AMERIKA
Trump akan kenakan Brazil 50% Tarif. Ini kerana Trump sokong Bolsonaro bekas Presiden yang lalu. Pada masa ini Bolsonara sedang di bicarakan kerana cuba merampas kuasa.
EROPAH
Mahkamah Eropah mendapati Rusia bertanggung jawab menembak jatuh pesawat MH17- Kapal terbang MAS ini dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Semua 298 penumpang dan crew dari 17 negara gugur.
ITALI
Pope mahu jadi ORANG TENGAH – selesaikan Perang Ukraine. Ini satelah Pope jumpa Presiden Zelensky di Vatican.
YAMAN
Kapal laut telah di tembak oleh Houthi. Kapal terbakar tenggelam, 4 anak kapal mati, 7 diselamatkan. Dan 14 masih hilang. Kapal ini bawa barang untuk Israel.
KOREA SELATAN
Bekas presiden Korea Selatan Yun Suk-yeol di tangkap dan masuk ke penjara sekali lagi. Dia akan di bawa ke mahkamah atas tuduhan cuba merampas kuasa.
GAZA
Krisis kebuluran telah memuncak. Ramai warga Gaza akan mati bulur.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Cahaya bersinar indah. Langit biru terbentang. KL & KL Sentral cerah.
Tekukur bersuara. Satu kumpulan lebih dari 20 ekor Pipit melintas terbang. Ha ha Pipit pagi lagi nak cari rezeki dalam sawah rumput. Tiong bermain tepi jalan. Yang lain berlegar dekat Abang potong Rumput.
Hari ini akan panas. Gua harap petang Hujan Rahmat akan sampai bawa sejuk. Agar malam santau nyaman. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM LAH
DI PAGI KHAMIS
BRO
Lu tinggalkan Tiga Harta untuk anak cucu cicit lu. Pertama KESERDAHANAAN. Kedua KESABARAN. Ketiga KASIH SAYANG. Harta ini wajib di kongsi.
BRO
Jika lu jatuh cinta – itu adalah keputusan bukan EMOSI. Ini namanya cinta sejati.
BRO
Kuasa mengarah pada kekayaan. Dengan kuasa dan kekayaan maka lahir kesombongan Amin
LAKUKAN HARI INI
KALUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan