EKONOMI
MAKIN TENAT
Nampak macam dah nak tembus lantai terus pulak.
Mengikut carta iSaham, aliran dana pelabur asing di Bursa Malaysia merosot teruk - daripada lebih RM16 bilion pada awal tahun kini tinggal sekitar RM542 juta sahaja setakat semalam.
Ini selepas lebih RM200 juta ditarik keluar pada Isnin, diikuti lagi RM510 juta semalam.
Kalau ditarik lagi RM550 juta, adakah carta bakal menunjukkan angka negatif? Iaitu cecah lantai?
Secara keseluruhan, hampir RM16 bilion sudah keluar dari pasaran saham Malaysia setakat tahun ini, manakala jumlah keseluruhan sejak era Madani bermula mencecah lebih RM22 bilion.
Tidak boleh dinafikan bahawa pegangan pelabur asing dalam ekuiti Malaysia kini berada di paras terendah dalam sejarah - dan terus menurun.
Persoalannya: kenapa pelabur asing hilang keyakinan terhadap prospek masa depan Malaysia?
Atau sebenarnya mereka sedang ambil peluang untuk mengaut keuntungan selepas harga saham melonjak akibat tindakan tabung-tabung simpanan tempatan kita seperti EPF, PNB, KWAP dan lain-lain yang terus tolak harga saham naik supaya indeks Bursa nampak cantik walaupun pelabur asing berterusan menjual?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan