Ahad, 17 Ogos 2025

KES SERANG ANAK RAFIZI


Kes serang anak Rafizi diambil alih JSJ Bukit Aman


KUALA LUMPUR: Siasatan kes serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,  Rafizi Ramli kini diambil Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor,  Shazeli Kahar, berkata penyerahan kes itu kepada Bukit Aman selaras keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.

Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Kerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan," katanya melalui kenyataan hari ini.

Semalam, Shazeli memaklumkan polis menemukan beberapa petunjuk positif bagi mengesan suspek kes serangan terhadap anak Rafizi di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Rabu lalu.

Beliau berkata, petunjuk berkenaan diperoleh hasil penelitian dan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan terbabit.

Terdahulu, Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya disebabkan pertemuannya bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau 'whistleblower' berkait sebuah skandal.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ia juga cubaan untuk menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau mendakwa seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun dan mencucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah itu pada 1.45 tengah hari.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.


KES INI

MUDAH SELESAI

AMIN

CUI BONO

SAPA UNTUNG

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TIDAK

TAHU

KAH KAH KAH

KITA TUNGGU

BERAPA LAMA

BARU ADA 

TANGKAPAN

KAH KAH KAH

ATAU KES INI

DITERLUPAKAN

MACAM KES

SIMBAH ASID

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: