Ahad, 17 Ogos 2025

PENSEJAJARAN BARU



MIC akui adakan perbincangan tak rasmi bersama PN

KOTA TINGGI: MIC mengakui parti berkenaan sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menentukan hala tujunya.

Presiden MIC,  S A Vigneswaran, berkata pucuk pimpinan parti itu sedang meneliti dengan serius hala tuju susulan usul dicadangkan akar umbi termasuk dari Kedah dan Pulau Pinang untuk menyokong PN.

Katanya, dinamika dan landskap politik negara yang sudah berubah memerlukan parti itu menentukan hala tuju bagi memastikan ia tidak terkubur.

"Ya, kita akui ada melakukan perbincangan tidak rasmi dengan PN mengenai hala tuju MIC. MIC tak sembunyi apa-apa, ini bukannya hubungan sulit.

"MIC akan menentukan hala tuju kita sendiri, namun kami tidak marah dengan siapa-siapa," katanya selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Johor yang ke-79, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MIC Johor, K Raven.

Minggu lalu, beberapa MIC negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang dan Perak dilaporkan meluluskan usul untuk bekerjasama dengan PN dan tidak menolak kemungkinan keluar daripada Barisan Nasional (BN)

Namun, Pengerusi MIC Kedah, SK Suresh, dilaporkan berkata, keputusan muktamad akan ditentukan oleh kepimpinan pusat parti itu.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata, MIC masih meneliti dengan terperinci hala tuju parti berkenaan sebelum keputusan muktamad dibuat nanti.

Katanya, keputusan yang akan diambil nanti adalah untuk kebaikan masyarakat India negara dan parti di masa hadapan.

"Semua perlu faham, dinamika politik negara sudah berubah, jika MIC tak terima hakikat itu, kami akan hilang. MIC terima, kami dikata lemah, namun pelik apabila masih ramai nak bincangkan mengenai parti ini. Ini kita tak faham.

"Banyak analisis dibuat mengenai MIC, macam-macam yang yang dikatakan namun kita tidak percaya. MIC hanya percayakan akar umbi kami sahaja," katanya.


INI LANGKAH

PENSEJAJARAN

BARU

AMIN

NO ZAHID

NO DAP

NO MADAFAKA

KAH KAH KAH

TERUSKAN 

HINDRAF SEKALI

LAGI

AMIN

TAK TURUN 

JALAN RAYA

TAK AKAN

 MENANG

PILIHAN RAYA

KHALAS

Tiada ulasan: