PAGI INI
PAGI INI
AHAD 17 OGOS 2025
JANGAN TEMBERANG
JALUR TEMBERANG
Kah kah kah heboh pasal Jalur Temberang. Kah kah kah. Ini bendera yang di tiru dari Amerika kah kah kah. Bangang. Tak tahu apa motif bendera ini.
Bendera BUMI MELAYU motifnya: MERAH PERJUANGAN dan PUTIH KEJUJURAN. Justeru di namakan SANG SAKA.
Kerana itu SANG SAKA ada dalam bendera PARTI RAKYAT , dalam UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATON dan DALAM PARTI PAS. Ada dalam Parti BUNG KARNO.
Kerana itu SANG SAKA ada dalam Bendera Singapura. Kerana itu SANG SAKA ada dalam bendera Indonesia.
SANG SAKA ada lambang NUSANTARA – lambang MELAYU RAYA. Jalur Temberang ialah TEMBERANG dari UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION boneka dan budak suruhan Inggeris. AMIN
KES ZARA
Teruskan lagi. Sudah cantik. Rakyat bangun berdemo di sana sini. Ini PETANDA paling baik – bukan sahaja DEMO DAH JADI BUDAYA KITA malah orang ramai mula faham bahawa hanya BERDEMO akan boleh membawa apa-apa perubahan.
GUA SELALU berfikir adalah molek lagi cun jika satu hari nanti dengan satu ISU NASIONAL semua pekan dan kota - warga kota dan desa takan turun berdemo. Dari Kangar Perlis ke Johor Baru. Dari KELANTAN ke Sabah Sarawak. Cun Cun Cun.
TAK TURUN JALAN RAYA TAK AKAN MENANG PILIHAN RAYA.
UKRAINE
Presiden Zelensky akan melawat Trump Senin ini. Untuk mencari jalan tamat perang. Dulu Zelensky telah di belasah oleh Trump. Kali ini Malaon ini wajib berhati-hati
RUSIA
Putin dan Rusia tetap dengan agenda bahawa wilayah DONBAS , LUHAN dan DONESK yang telah bersetuju masuk menjadi wilayah Rusia akan terus jadi Rusia.
AMERIKA
Presiden Trump bersetuju dengan pandangan Putin : wilayah wajib bertukar. Ini cara untuk henti perang.
CANADA
Mogok – semua Pramugara Pramugari kapal terbang Canada melancar mogok. Mahu tambah gaji dan mahu jamin kerja yang sesuai.
INDONESIA
Gempa bumi 5.7 skala berlaku di wilayah Sulawesi. Belum di ketahui kemalangan.
GAZA
Tentera Zionis Israel mula pindahkan warga Gaza untuk di tolak keluar. Ke mana? Ke Selatan yang bersempadan dengan Mesir.
SINGAPURA
Presiden Singapura beri ampun jantan 33 tahun bernama Tan Yi Rui. Sosok ini menghadapi hukum mati kerana mengedar dadah.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Matahari dah keluar. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral cerah. Hujan lebat dulu bawa bersih.
Tekukur dan Tiong bersuara. Warga Asal datang ke jalan marah pada Ezi. Tapi Ezi pun dah tak takut. Salakan hanya gertak Keling.
Ada 5 buah kereta besar melintas. Pasti mereka di pagi ini melawat makam Emak Bapak.
Hari ini akan panas, Tak Tak dah menjalar di balkoni. Gua harap Hujan Rahmat sampai di waktu petang agar malam sejuk santai . Gua nak minum Tuak dan makan Gulai Itik malam ini. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM KITA
SAMBUT PAGI AHAD
BRO
Ketika lu bercinta semua indah. Bila yang di cintai TERKENTUT lu pun buat tak bau.
BRO
Cinta akan membuat lu berani. Lu berani meneroka. Lu berani menggerakkan tangan untuk membuka butang seluar.
BRO
Hidup bahagia ialah mencintai dan di cintai. AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan