PAGI INI
PAGI INI
SABTU 9 OGOS 2025
SABAH BERGOLAK
GALI KUBUR SEKALI LAGI
Ini ialah arahan dari Pejabat Peguam Negara. Arahan kepada pihak berwajib di Sabah untuk melakukan bedah siasat kepada arwah Zarah.
Jelas dan sah bahawa sebelum arwah di kebumikan TIDAK ADA BEDAK SIASAT DIJALANKAN. Perkara ini MELANGAR peraturan. Bila ditemui mayat mati mengejut wajib dilakukan bedah siasat.
Siapa PEGAWAI POLIS yang bertanggung jawab? Kenapa TIADK ADA ARAHAN bedah siasat ? Perkara ini juga wajib di timbulkan.
Siapa TUAN DOKTOR – kenapa tidak bersuara?
Semua ini wajib disiasat. BUKAN nak cari SALAH tapi untuk masa depan agar PERKARA INI JANGAN BERLAKU SEKALI LAGI. Kita lihat GARIS MASA dan lihat apa yang silap – apa terlalai – ini cara kita untuk memperbaiki masa hadapan.
SOLIDARITI DENGAN ARWAH ZARA
Kemarin gua lihat klip dalam YouTube warga di Sandakan berhimpun menunjukkan perasaan.
INI HEBAT – jelas budaya politik jalan raya telah menyerap luas. Rakyat bila mana merasa TIDAK PUAS HATI akan turun berdemo di jalan raya.
DEMO kini wajib kita jadikan senjata yang ampuh untuk melawan kerajaan MADAFAKA.
KES MATI KATAK
Berapa banyak warga MATI KATAK – mati di bunuh tapi tak ada yang bertanggung jawab. KUGAN mati dalam Rumah Pasung. AMINULRASHID mati kena tembak polis... nak jadi lawak dalam kereta Aminulrashid di jumpai PARANG kah kah kah.
TEOH BENG HOCK mati dalam pejabat SPRM.
Ini semua kes MATI KATAK – kita tidak tahu japa sebenar berlaku TAPI kita terbaca – DI TEMBAK MATI SALEPAS MENEMBAK ANGGOTA KESELAMATAN – betul ke ini ? Bila kereta di periksa di JUMPAI PARANG ... kah kah kah... mesti ada PARANG dalam boot kereta... kah kah kah. AMIN
GERMAN
Kerajaan German buat dasar memberhentikan eksport senjata ke Israel. German adalah negara Kedua yang paling banyak HANTAR senjata pada Zionis Israel. Negara pertama Amerika.
ISRAEL
Setanyahu marah kepada German yang henti bekal senjata. Juga marah pada negara-negara yang kini mahu genosid di hentikan. Untuk Setanyahu ini macam beri hadiah pada Hamas.
AMERIKA
Trump berkata dia akan bertemu dengan Putin di Alaska Jumaat depan untuk bincang hal Ukraine. Presiden Zelensky tidak di undang.
NEW YORK PBB
Mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB di tunda ke Ahad. AGENDA : Bincang rancangan Israel nak hantar askar masuk dan ambil GAZA.
SIAM
Bicara bermula – kes bangunan 30 tingkat runtuh bulan Mac lalu kerana gempa bumi di Myanmar. 23 individu dan firma di bawa ke mahkamah kerana ramai mati bila bangunan runtuh.
HOKKIEN
Pagi ini basah segar. Hujan petang kemarin. Matahari dah keluar. Cahaya bersinar. KL & KL Sentral berkabus dan berjerebu. Langit biru muda.
Suara Tekukur dari bukit. Bunyi mesin potong rumput dari gaung. Warga Asal menyalak. Lima ekor datang cuba menyerang EZI – nasib baik gua dan Tak Tak sampai – EZI dah tua akan jadi mangsa.
Seekor Gagak terbang sabil gak gak gak ... sedih bunyinya.
Berjalan pulang Tak Tak dan Ezi sabar menunggu gua membuka pintu.
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Apa buah yang ada di pasar? Gua menunggu Buah Delima dari Sepanyol atau Greek – lebih murah yang datang dari India. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU
BRO
Lu cintai dan sayangi sesiapa saja yang tidur sebantal disebelah kamu.
BRO
Kalau Minah atau Mamat yang kau minat tidak angkat talipon kamu sebanyak TIGA KALI – lupkan saja ... sila cari yang lain
BRO
Bila lu di tinggalkan oleh kekasih atau isteri atau awak atau jambu – lu jangan risau. Di Indonesia akan berjuta lagi menunggu. AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan