Sabtu, 16 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 16 OGOS 2025

KEMATIAN ZARA


DEMO DEMO DEMO
Ini berita baik – DEMO SAH DAH JADI BUDAYA POLITIK MALAYSIA. Malam kemarin di beritakan ribuan warga Sabah telah turun ke Kota Kinabalu untuk berdemo menuntut keadilan terhadap kematian Zara. Bukan ratus ratus tapi ribu ribu.

Ini adalah perkembangan  TERBAIK  budaya ini  telah merebak – orang ramai telah tahu bagaimana DEMO boleh  membawa hasil.

Lihat saja DEMO TURUN ANWAR – rakyat dapat harga minyak turun dan 100 ringgit dalam dompet – In BUKTI DEMO BERHASIL.

DI KL – kita juga  berdemo SOLODARITI ZARA – tapi agak kecil – di Sogo satu pasukan yang ramai dan anak muda di Dataran hampir 200 kepala  – Apa yang jelas budaya demo kini telah masuk kembali ke dalam  kampus . Di Dataran hampir 90% anak muda pelajar. INI TANDA MOLEK. Ini tanda terbaik.

KES ZARA ini amat menarik. Menarik dari segi peranan MEDIA SOSIAL – Satu Malaysia tak ambil pot lagi terhadap media lama -  RTM, Utusan , NST dan segala Puki Mak media lama.

Sekarang semua boleh jadi wartawan, semua boleh jadi  pemberita – semua  boleh jadi pemilik stesen TV – Terima Kasih Ronald Reagan.  Selamat Tinggal RTM – Selamat Bungkus Utusan – Selamat Tutup NST – amin

Ketika gua mengetik ialah pagi Sabtu  tetapi  di Alaska masih hari Jumaat –  kini dah masuk Jumaat malam kita awal. 

Putin bertemu Trump di Anchorage Alaska pada Jumaat  beberapa jam tadi.

Satu Dunia heboh. Menunggu apa  hasil sidang kemuncak dua pemimpin dunia ini. Mereka berbincang selama dua jam lebih. 

Sesudah berbincang ada SIDANG AKHBAR r yang pendek. Putin bercakap dulu - tak banyak cerita. Kemudian Trump bercakap juga tak banyak cerita. 

TIdak ADA SOAL JAWAB DARI WARTAWAN.

Cerita makian  banyak dari media YANG MENCARI BERITA – kita tunggu dan lihat akan perkembangan seterusnya.

Tapi apa yang jelas ialah Trump cakap berdegah-degah sebelum jumpa Putin. Nak beri tekanan ekonomi dan dan dan  termasuk nak tempeleng  kepala Putin jika tak ada GENCATAN SENJATA .. tapi lepas jumpa Putin  senyap dan beri Putin cakap dulu.... kah kah kah. AMIN

Hujan lebat. Rumah runtuh. Banjir sampai 227 warga mati – ada lemas ada hanyut ada kena hempap rumah runtuh.
AMERIKA
Trump klim Xi Jinping  dari China  tidak akan serang Taiwan ketika  Trump jadi Presiden.

Hizbullah tidak mahu serah senjata kepada kerajaan. Serah senjata makna serah diri.

Kali pertama Olimpik Robot diadakan, Ini untuk mengembangkan lagi AI dan pembuatan Robot.

Pagi ini cerah basah sejuk. Hujan lebat petang kemarin. Matahari dah muncul – cahaya lembut. Tak banyak unggas berlagu pagi ini mungkin kerana basah.

Tapi Tekukur dan Tiong masih bersuara.

Warga Asal datang turun  cuba nak menyerang EZI Ini keran Ezi tertinggal di belakang  berjalan seorang diri  – nasib baik Tak Tak sebagai wira datang berkejar membantu.

Gua harap hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke pasar. Nak lihat buah apa yang ada. Tapi gua tak akan beli buah rambutan. Rambutan dari Kampong gua masih banyak – gua buang kulit dan simpan dalam peti sejuk. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

BRO
Lu jadi diri lu seperti sekarang keran lu di bentuk oleh apa yang lu suka dan lu cinta.

BRO
Cinta ini macam angin. Lu tak nampak tapi lu boleh rasa.

BRO
Cinta sejati tidak akan berakhir. AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUAKN HARI INI

SELAMAT BERCINTA

Tiada ulasan: