Jumaat, 12 September 2025

ANAK MENANTU MENTERI ENJOI DE MENJOI


Protes di Nepal kini sasar perniagaan, hotel mewah, golongan elit

KATHMANDU: Gelombang protes besar-besaran di Nepal yang digerakkan anak muda dikenali sebagai Gen Z menyaksikan Parlimen diserbu, hotel mewah dibakar dan kediaman pemimpin politik diceroboh.

Tindakan itu menggambarkan kemarahan rakyat terhadap gaya hidup elit dengan kekayaan melampau di salah sebuah negara termiskin dunia.

Tekanan daripada demonstrasi itu memaksa Perdana Menteri, KP Sharma Oli meletakkan jawatan pada Selasa lalu, sehari selepas 19 penunjuk perasaan terbunuh.

Menurut Kementerian Kesihatan Nepal, angka korban kini meningkat kepada 34 orang dengan lebih 1,300 lagi cedera.

Walaupun penganjur protes menjarakkan diri daripada serangan membakar hotel dan bangunan kerajaan, penganalisis berkata ia berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap jurang kekayaan serta persepsi rasuah dalam kepimpinan politik Nepal.

Ketika bangunan Parlimen, pejabat Perdana Menteri dan Mahkamah Agung masih marak terbakar, penyerang turut menyasarkan hotel lima bintang termasuk Hilton, Hyatt Regency dan Varnabas Museum Hotel.

Hyatt Regency yang terletak berhampiran tapak suci Boudhanath Stupa mengalami kerosakan, namun tiada tetamu atau kakitangan cedera.

Pihak pengurusan memaklumkan hotel itu ditutup sehingga diberitahu kelak.

Hilton Kathmandu yang baru dibuka tahun lalu oleh konglomerat Shanker Group, turut dibakar sehingga mengeluarkan asap hitam tebal.

Menurut jurucakap Hilton, semua tetamu dan kakitangan berjaya dipindahkan dengan selamat.

Selain itu, beberapa kediaman ahli politik termasuk milik Oli turut diserang.

Gerakan Gen Z yang tercetus di media sosial seperti TikTok dan Instagram mendedahkan gaya hidup mewah anak-anak pemimpin, termasuk pakaian berjenama serta percutian mahal.

Sementara itu, ribuan belia Nepal setiap hari meninggalkan tanah air untuk mencari rezeki di Asia Barat, Malaysia, Korea Selatan dan negara lain.

Bekas Hakim Mahkamah Agung Nepal, Balaram KC, berkata itu adalah luahan kekecewaan rakyat.

"Mereka yang sepatutnya mengurus negara secara jujur hanya menjaga kepentingan diri dan keluarga," katanya.

Ahli Parlimen Parti Kongres Nepal, Rajendra Bajgain, mengesahkan hotel mewah miliknya, Varnabas Museum, turut dibakar.

Beliau yang mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan, dalam masa sama menyatakan rasa simpati dengan tuntutan anak muda.

"Rasa tidak puas hati terhadap rasuah sudah lama membara di Nepal," katanya. - REUTERS

ANAK MENTERI

ANAK YB

MENANTU MENTERI

MENANTU YB

ENJOI DE MENJOI

AMIN

ANAK MUDA

TAKDA KERJA

AMIN

KELUARGA 

GHURKHA

MAKAN TAK CUKUP

AMIN

NAIK MARAH

LALU TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

Tiada ulasan: