Ahad, 14 September 2025

AWAS !!! PROJEK CHINA MERAH NAK REMBAT LAUTAN SUNDA




AS bersama Filipina tolak rancangan China di atol Laut China Selatan


MANILA: Amerika Syarikat (AS) mengulangi pendiriannya untuk bersama dengan Filipina bagi menolak apa yang disifatkan sebagai rancangan tidak stabil China ke atas sebuah atol yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Atol atau pulau kecil berbentuk cincin yang terbentuk daripada terumbu karang dan mengelilingi lagun itu adalah antara kawasan yang menyaksikan tuntutan bertindih beberapa negara di Laut China Selatan.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam satu kenyataan berkata, rancangan Beijing untuk menjadikan Terumbu Scarborough sebagai kawasan pemuliharaan alam semula jadi adalah satu lagi muslihat untuk mengukuhkan tuntutan wilayah dan maritim yang meluas di Laut China Selatan.

"Beijing mendakwa Terumbu Scarborough sebagai pusat pemuliharaan alam semula jadi, di sebalik satu lagi percubaan paksaan untuk memajukan tuntutan wilayah dan maritim lebih luas di Laut China Selatan dengan mengorbankan negara jirannya," katanya.

Tindakan itu dibimbangi oleh mesyarakat nelayan Filipina yang merasakan ia akan menyukarkan mereka untuk beroperasi di atol berkenaan, yang berada di bawah pengawasan berterusan kapal China.

Terumbu Scarborough terletak dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina, tetapi telah berada di bawah kawalan Beijing sejak 2012.

China menuntut hampir semua kawasan Laut China Selatan, laluan air yang membawa lebih daripada AS$3 trilion (RM14 trilion) perdagangan tahunan, walaupun wujud tuntutan bertindih oleh Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

Rubio berkata, tindakan China terus menjejaskan kestabilan serantau dan menggesa Beijing mematuhi keputusan sebulat suara Tribunal Timbang Tara 2016.

Keputusan itu menyatakan China secara tidak sah menghalang nelayan Filipina daripada menangkap ikan secara tradisional di Terumbu Scarborough.

Filipina pada Sabtu mengumumkan, pihaknya telah belayar bersama Komando Indo-Pasifik AS dan tentera laut Jepun di luar pantai wilayah Zambales, yang terletak kira-kira 120 batu nautika (222 kilometer) dari Terumbu Scarborough.

Media tempatan China, Global Times melaporkan pada Jumaat, Manila telah mengadakan 'rondaan bersama' di Laut China Selatan dengan negara-negara lain yang tidak dinamakan di luar wilayah itu. - REUTERS

AWAS !!!

CHINA MERAH

NAK REMBAT

SEMUA 

LAUTAN SUNDA

AMIN

DALAM HAL INI

KITA WAJIB

 BERSAMA FILIPINA

AMIN

JUGA BERSAMA

AMERIKA

KHALAS

Tiada ulasan: