Jumaat, 5 September 2025

AYAH LARI - ANAK DIPECAT



Istana tolak pembubaran Parlimen Thailand - Pemangku PM


BANGKOK: Pegawai diraja Thailand menolak permintaan parti pemerintah untuk membubarkan Parlimen, kata pemangku Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai, hari ini, sekali gus membuka laluan kepada undian memilih penggantinya.

Jawatan tertinggi itu kosong sejak Jumaat lalu selepas Mahkamah Perlembagaan memecat Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra atas pelanggaran etika.

Gabungan Ahli Parlimen pembangkang menyokong tokoh konservatif yang juga taikun pembinaan, Anutin Charnvirakul untuk memegang jawatan tertinggi dengan pengundian dijadualkan esok kira-kira jam 10 pagi.

Bagaimanapun, parti Pheu Thai pimpinan Paetongtarn yang masih mentadbir dalam kapasiti kerajaan sementara cuba membubarkan badan perundangan itu bagi menghalang undian berkenaan dengan mengemukakan permintaan kepada istana.

Wechayachai, dalam catatan di Facebook berkata, berikutan 'isu perundangan yang dipertikaikan', Pejabat Majlis Privy memaklumkan adalah 'tidak sesuai untuk membentangkan draf Perintah Diraja itu kepada Raja pada ketika ini'. - AFP

AYAH DAH

CABUT LARI

KAH KAH KAH

ANAK DAH 

KENA PECAT

KAH KAH KAH

DUA DUA INI

KAWAN BAIK

MADAFAKA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: