Isnin, 1 September 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

1 SEPTEMBER 2025

KULIAH JAKARTA


PELAJARAN
Apa yang sedang berlaku di Indonesia cukup menarik. Ini cara  TERBAIK untuk orang ramai menyuarakan pandangan. Tidak dapat  tidak DEMO pasti  induk kepada ilmu ini.

DEMO akan membentuk kerajaan BARU.   Jeneral Suharto di jatuhkan dengan demo. Kali ini menantu Suharto Jeneral Prabowo sedang di gasak oleh warga Indonesia.

Paling menarik ialah KERJASAMA – Mahasiswa – BURUH dan orang ramai. Ini satu taktik yang paling ampuh untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Nama dia BUKAN Presiden Prabowo – nama di JENERAL PRABOWO – satu ketika dulu Jeneral ini sama taraf macam Netanyahu -   di larang MASUK ke Amerika dan Eropah.

JENERAL PRABOWO ini bertanggung jawab diatas  banyak keganasan di zaman Jeneral Suharto.

KITA DI MALAYSIA – wajib belajar dari cara anak anak muda menyusun pergerakan. Sebenar gerakan ini dah lama di susun – hanya meledak sekarang – awal tahun lagi siswa dan pelajar telah menyusun.

KECIL KECIL dulu sebelum meledak besar.

Paling CUN ialah para YB yang kurang hajar di hentam cukup cukup. Para YB yang   rasuah rumah mereka di rampas kembali. Dulu kita lihat perkara yang sama berlaku di Sri Langka – kini kita lihat di Indonesia.

Para YB kita yang bodoh sombong dan angkuh – yang  kaya dengan rasuah – patut kita  garis merahkan. Rakyat tak ada pilihan melainkan  KELUAR BERDEMO.

TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILHAN RAYA.

Keadaan dunia sedang berubah – di London, di Paris, di Melbourne, di New York, di  Stockholm , di Brussels – RAKYAT turun ke jalan raya – HANYA JALAN RAYA PENYELAMAT NEGARA.

Tiap hari kita baca  demo di sana sini. Ini PETANDA baik. Ini petanda bahawa DEMO telah menjadi pilihan dunia untuk menjatuhkan kerajaan zalim. DEMO menjadi suara menyatakan perubahan perlu di buat.

IKUT CARA INDON – dulu REFORMASI – sekarang  sekali lagi.  PARA YB kaki MOHONG  wajib bukak mata. Kah kah kah. AMIN.

INDONESIA
Jeneral Prabowo untuk selamatkan diri telah membatalkan kenaikan gaji dan semua imbuhan untuk para YB. Lawatan ke luar negara di batalkan. Ini cara untuk redakan keadaan.

AMERIKA
Semua pemegang pasport Palestin akan tidak di benarkan mendapat visa untuk masuk ke Amerika.

CHINA
Putin bertemu Xi Jinping di Peking. Modi juga akan sampai.

GAZA
Di lapor media – Abu Obeida jurucakap Hamas terkorban. Al-Fatihah.

ISRAEL
Selatan Lebanon mula di serang. Wilayah ini adalah tempat Hizbullah.

HOKKIEN
Pagi ini kering, Matahari dah keluar, Cahaya bersinar indah. Langit sebelah Shah Alam keliatan pucat. Langit arah  Sungai Besi cantik cerah menarik. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Tiga Abang Pemotong Rumput sedang bekerja. Ha ha berbelas-belas Tiong  menunggu rezeki. Loncat meloncat atas rumput yang baru di potong.

Pagi ini  gua jalan arah ke Sungai – air jernih. Jauh di hujung sungai suara jantan tak henti henti berkokok. Sungai ini tak jauh Dusun Bandar di belakang istana lama.

Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni.

Gua harap petang Hujan Rahmat sampai atau angin sejuk bertiup – baru enak santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM 
DI PAGI SENIN

BRO,
Gumbira ialah melihat Rumah YB Kaki Rasuah di geledah dan di bakar hangus.

BRO
Gumbira  ialah melihat kerajaan zalim di pukul rakyat.

BRO
Belajar bukan hanya melihat. Lepas melihat lepas belajar wajib membuat.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: