PAGI INI
PAGI INI
SABTU 13 SEPTEMBER 2025
KES ARWAH ZARA
NARATIF BARU
Wow jelas kelihatan cerita baru sedang di jual. Kini ZARA DI ANGGAP PENCURI – jeng jeng jeng. Dulu cerita dia gaduh dengan emak - Cerita ini tak laku. Sekarang jual cerita baru – CERITKA ZARA KAKI CURI – jeng jeng jeng – ini senang masuk akal – kerana di sekolah berasrama kes curi selalu terjadi.
INGAT TAK kes curi KOMPUTER di Universiti Pertahanan – sampai mati kena seterika – jeng jeng jeng.
PALING PELIK – mayat dalam longkang – tapi selama ini kita dengar mayat atas jalan – juga ada DARAH – tapi tak ada pun berita darah – SEMUA DAH BERSIH KE ? Wow meloncat terus masuk ke longkang –pasai apa kena kejar anjing ke ? jeng jeng jeng. HEBAT !
SATU SOALAN PEGUAM TAK TANYA – Pelajar PERTAMA yang jumpa Zarah dalam longkang itu dari mana? Pasai apa jam 3 pagi di berjalan tepi longkang- PELIK PELIK PELIK – ini PEGUAM GAGAL TANYA – dia yang jumpa dulu – apa dia buat pagi pagi buta berjalan di tepi longkang – JENG JENG JENG
KES ARWAH ZARA ini masih dalam Inkues – tapi yakinlah – orang ramai yang ikut kes ini pasti akan geleng kepala – HA HA HA – ini hanya berlaku dalam Malaysia.
KES RAMPAS TANAH DI KAMPUNG BARU – jeng jeng jeng – guna samseng - guna polis – guna Menteri untuk rampas tanah orang kampung beri pada pemaju.
ORANG KAMPONG DI BULI
PEMAJU DI SANTUNI
AMERIKA
Charlie Kirk yang kena tembak mati adalah penyokong dan kawan baik Presiden Trump. Media Amerika tuduh kumpulan kiri dan liberal yang buat kerja bunuh. Tetapi Mamat Penembak yang berjaya di tangkap ialah TYLER ROBINSON. Dia dari MAGA dan kumpulan kanan.
POLAND
NATO akan hantar banyak lagi pesawat jet pejuang. Ini kerana Polang klim drone dari Rusia telah masuk ke ruang udara Poland.
BRAZIL
Warga Brazil Ber Cha Cha Cha BERUMBA dan BERSALSA – merayakan berita Bolsonaro – bekas Presiden akan masuk penjara.
ISRAEL
Ketua Angkatan Tentera Israel menagkui bahawa lebih dari 200 ribu warga Gaza telah mati.
NEPAL
Negara in buat sejarah. Untuk pertama kali lantik wanita sebagai Perdana Menteri.
VENEUZULA
Kerajaan Maduro menerangkan bahawa 11 warga yang di tembak mati oleh jet pejuang Amerika bukan geng seludup dadah. Mereka dalam perjalanan nak mendarat di pantai.
Pagi ini cerah segar. Mata hari belum keluar. Langit kelabu - petang kemarin hujan tapi tak lebat – KL & KL Sental berjerebu.
Di hutan tepi pagar ada suara kuat – BURUNG BARU tapi bukan How Wow . Di pintu masuk Cengkerik kuat bersimponi kerana bumi basah. Suasana simponi macam kita masuk ke dalam hutan banat.
Dari bukit jauh gua dengar suara Tekukur. Satu kumpulan Tiong bising bertengkar di atas Pokok Mengkudu.
Gua bawa makanan – tapi pagi ini tidak ada ANAK ANAK yang datang – hanya sekor jantan – lalu gua tabur Friskies dalam Wakaf.
Petang kemarin gua datang – Anak-anak ada tapi tidak semua - yang berbulu hitam entah ke mana.
Malam tadi gua ke NSK Jalan Kucai Lama – ha ha sayur seperti Beet Root – Limau Nipis, Brokoli , Labu dan Lada Terung Merah lebih murah dari Chow kit – buah mahal kecuali Blueberries dari Peru.
DI NSK ada Coklat Hitam yang gua suka. Susah nak cari coklat jenis hitam – lagi hitam 70-80% lagi baik.
Jap lagi gua nak ke Chow Kit nak belia makanan untuk Tak Tak dan Ezi – juga nak beli BERAS MURAH – gua nak masak beri Anak Anak Warga Asal di Hokkien. Amin.
BRO
SENYUM
SEMYUM DI PAGI
SABTU
BRO
Hal yang indah dan perkara yang baik dalam dunia ini akan lebih nikmat jika lu rasa dengan hati.
BRO
Cinta adalah ruang dan masa yang diukur dengan hati.
BRO
Cinta akan melekat jika lu berjaya buka seluar dalam di hadapan sosok yang baru lu kenali.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUAKN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan