PAGI INI
PAGI INI
RABU 3 SEPTEMBER 2025
JANGAN MEMBELI BELAH
KEMPEN TERKINI – JANGAN MEBELI BELAH
Wow – ini trend baru generasi muda - GENERASI INTERNET – warga asal Internet – bukan macam gua IMIGRAN INTERNET – MEREKA SEDANG BERKEMPEN – SEPTEMBER JANGAN MEMBELI.
Bulan September ini – lepas musim panas – ada kempen jangan membeli belah - jangan BERSHOPPING - rehat diri dari membeli – Wow ! Gua ingat jangan beli semua. TIDAK - makanan keperluan harian pasti di beli tapi JANGAN gila-gila nak beli Kasut Prada Baru – nak beli Talipon Baru dan dan dan... pakai apa yang ada.
Bagus juga kempen Generasi Internet ini – sebenarnya gua sendiri dah lama TAK BELI apa-apa. Saban minggu gua pergi ke Chow Kit hanya beli barang makan untuk Ezi Tak Tak dan untuk gua sendiri. Gua dah bertahun tak beli KASUT BARU – Baju Baru – seluar baru – semua yang lama – yang dah terpakai gua beli untuk pakai – gua gumbira dengan apa yang gua ada. AMIN.
INDONESIA – Malam kemarin gua pergi BERSETIA KAWAN dengan warga Indonesia – Hampr 200 orang - kami berkumpul depan Pejabat Pak Duta Indonesia. Kami baca doa pada mereka yang gugur berdemonstrasi. Kami letak bunga depan gambar Kuniawan yang meninggal dunia kena langgar kereta polis.
Gua kagum dengan cara anak muda mahasiswa Indonesia turun ke jalan raya. Paling mengagumkan ialah mereka dapat menyusun bukan hanya di Jakarta tapi di Bali, di Medan, di Solo. Di Bandung, di Surabaya... dan dan dan... hebat amat hebat !
Apa yang sedang berlaku gua hanya tahu melalui pembacaan dan melihat laporan YouTube – gua TIDAK tahu – apa kesah di belakang kesah. Malah gua masih tertanya tanya – siapa MAFIA – yang disebut oleh Jeneral Prabowo.
NOTA Jeneral Prabowo ialah menantu - pada Jeneral Suharto.. JANGAN LUPA FAKTA INI. Amin
CHINA MERAH
Di Peking pagi hari ini ada perbarisan TENTERA yang maha hebat. Hari Ulang tahun ke 80 TAMAT PERANG DUNIA KE DUA. Putin dan Kim Jong-un ada datang sama.
AMERIKA
Jawatankuasa Kongres Amerika membuka 33,000 muka surat dari File Epstein untuk bacaan orang ramai. Jantan ini ialah Bapak Ayam menjual gadis di bawah umur.
AFGHANISTAN
Angka jumlah kematian gempa bumi bertambah, Kini sudah jadi 1400. Pencarian masih di teruskan. Taliban minta bantuan dunia.
VENEZEULA
Askar laut Amerika menambak mati 11 orang yang di cap sebagai penyeludup dadah. Penyeludup dalam kapal di Laut Caribbean hampir degan Venezuela.
ISRAEL
Soldadu Israel tidak cukup. Askar simpanan kini di panggil untuk masuk berkhidmat. Banyak sudah cabut lari tidak mahu mati katak.
INDONESIA
Sudah jatuh di timpa tangga. Ketika protes berjalan 400 anak -anak sekalah telah sakit keracunan makanan. Ini hasil dari program Jeneral Prabowo – memberi makan percuma kepada murid sekolah. Projek untuk kroni tentera.
HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk. Kemarin renyai. Matahari tidak kelihatan. Langit pucat kelam. KL & KL Sentral berjerebu.
Gua nampak 4 ekor Tiong loncat meloncat atas batu nisan. Tekukur bersuara jauh.
Depan Pokok Ara – pagi ini tidak ada Warga Asal. Gua ada bawa makanan. Ha ha gua ternampak ada 4 ekor anak anjing. Lalu gua hampiri mereka tapi mereka takut. Mereka lari. Lalu gua tinggalkan makanan dalam wakaf. Gua harap mereka akan datang makan.
Hari ini akan panas. Jika petang Hujan Rahmat sampai malam akan sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU
BRO
Kawan lu yang sejati akan menangis bila lu pergi. Kawan lu yang plastik akan pergi bila lu menangis.
BRO
Kawan yang baik akan mempukimak kan lu dalam suasana gumbira.
BRO
Awek lu – Balak lu – Jambu lu – Bini lu – adalah sahabat lu – dua badan atas satu bantal. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


Tiada ulasan:
Catat Ulasan