Sabtu, 11 Oktober 2025

MIMPI BASAH TRUMP JADI KERING


Pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, menang Hadiah Keamanan Nobel


OSLO: Hadiah Keamanan Nobel dianugerahkan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis demokrasi Venezuela, Maria Corina Machado.

Menurut juri Nobel, Machado, yang hidup bersembunyi sejak setahun lalu, diberi penghormatan atas usaha gigihnya memperjuangkan hak demokratik rakyat Venezuela.

"Machado terpaksa hidup dalam persembunyian di negara yang disifatkan sebagai 'negara autoritarian yang kejam'.

"Beliau berjuang bagi mencapai peralihan adil serta aman daripada pemerintahan diktator kepada demokrasi," kata pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway, Jorgen Watne Frydnes, di Oslo.

"Saya masih terkejut," kedengaran kata Machado dalam rakaman video yang dihantar kepada AFP oleh pasukan medianya.

Frydnes berkata, Venezuela telah berubah daripada sebuah negara yang pernah demokratik dan makmur kepada 'negara autoritarian yang kejam yang kini mengalami krisis kemanusiaan dan ekonomi'.

Dalam keadaan itu, Machado menjadi tokoh penyatu utama dalam barisan pembangkang politik yang dahulunya berpecah-belah.

Jawatankuasa itu memuji beliau sebagai antara contoh keberanian awam paling luar biasa di Amerika Latin dalam era moden.

"Walaupun menghadapi ancaman serius terhadap nyawanya, beliau tetap memilih untuk kekal di Venezuela — keputusan yang memberi inspirasi kepada jutaan rakyat," kata Frydnes.

Kemenangan Machado dianggap mengejutkan kerana namanya tidak disebut antara calon utama menjelang pengumuman rasmi.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pula secara terbuka menyatakan hasratnya untuk memenangi anugerah itu tahun ini.

Sejak kembali ke Rumah Putih bagi penggal kedua pada Januari lalu, Trump berulang kali menegaskan bahawa beliau 'layak' menerima Hadiah Nobel atas peranannya menyelesaikan pelbagai konflik, dakwaan yang dianggap pemerhati sebagai keterlaluan.

Namun pakar Hadiah Nobel di Oslo menegaskan sebelum pengumuman bahawa Trump tidak mempunyai peluang, dengan menyatakan dasar 'America First' yang dibawanya bertentangan dengan semangat Hadiah Keamanan Nobel seperti termaktub dalam wasiat Alfred Nobel pada 1895.

Frydnes menegaskan Jawatankuasa Nobel Norway tidak dipengaruhi sebarang usaha melobi untuk mendapatkan anugerah itu.

Hadiah Nobel Keamanan disertakan dengan pingat emas, diploma dan wang tunai berjumlah AS$1.2 juta (kira-kira RM5.7 juta), dan akan disampaikan pada majlis rasmi di Oslo pada 10 Disember — tarikh ulang tahun kematian pengasasnya, pencipta dan dermawan Sweden, Alfred Nobel, pada 1896.

Hadiah Keamanan adalah satu-satunya anugerah Nobel yang diumumkan di Oslo, manakala kategori lain diumumkan di Stockholm. – AFP


MIMPI BASAH

TRUMP KERING

AMIN

TRUMP GAGAL

HADIAH NOBEL

AMIN

APAKAH TRUMP

AKAN SERANG

NORWAY?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: