Fadhlina dikecam lepas kata pelajar dituduh rogol tetap boleh ambil SPM
Semalam, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata empat pelajar yang didakwa terlibat dalam salah laku seksual terhadap seorang murid berusia 15 tahun akan tetap dibenarkan untuk mengambil peperiksaan SPM.
Fadhlina berkata pendidikan empat pelajar Tingkatan Lima itu - dengan dua dituduh merogol dan dua lagi menyaksikan dan merakam kejadian - akan dipastikan tidak terganggu.
Jaminan itu telah mengundang kemarahan banyak pihak.
Dia juga menekankan kementerian akan memberi sokongan psikososial kepada mangsa yang kini dirawat di hospital.
“Kaunselor akan turun memberikan sokongan penuh kepada warga sekolah dan anak-anak…kita beri tumpuan penuh kepada guru yang mengajar dan anak-anak yang akan mengambil peperiksaan SPM.
“Hal itu yang kita utamakan ketika ini, persiapan mereka untuk menghadapi SPM supaya tidak terganggu dengan kes ini,” katanya.
Malaysiakini memiliki rakaman kenyataan tersebut.
‘Pengkhianatan melampau
Peguam Rajesh Nagarajan menyifatkan keputusan membenarkan suspek kes rogol untuk menduduki peperiksaan SPM sebagai “pengkhianatan melampau” terhadap kepercayaan awam.
“Langkah cuai ini mengutamakan prosedur birokrasi berbanding keselamatan awam, kebajikan mangsa, serta fabrik moral dalam sistem pendidikan kita.
“Dengan membenarkan individu yang dituduh merogol untuk menduduki peperiksaan kebangsaan seolah-olah tiada apa berlaku, menteri telah memberi mesej yang merisaukan - bahawa keganasan seksual boleh disapu di bawah karpet atas nama ‘hak pendidikan’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, anggapan tidak bersalah sebelum dibuktikan sebaliknya tidak bermaksud individu yang didakwa terlibat kebal daripada sebarang kesan, dan kementerian mesti memastikan sekolah kekal sebagai ruang yang selamat.
Dia berkata pelajar yang didakwa terlibat sebaliknya boleh menduduki peperiksaan yang ditangguhkan, atau mengambilnya secara berasingan di bawah pengawasan ketat.
Imej sekolah lebih penting?
Aktivis hak kanak-kanak, Hartini Zainudin pula membangkitkan kerisauan yang Kementerian Pendidikan mungkin dilihat mengutamakan imej sekolah berbanding penderitaan mangsa.
“Apabila kita mengutamakan imej sekolah melebihi keselamatan, apabila kita bercakap tentang peperiksaan sebelum akauntabiliti - kita sedang menghantar mesej bahawa kesakitan seorang anak tidak sepenting reputasi institusi,” katanya dalam surat terbuka kepada Fadhlina hari ini.
Hartini menggesa kementerian mengisytiharkan “dasar sekolah selamat” - di mana setiap sekolah perlu melaksanakan dasar perlindungan kanak-kanak dan melantik pegawai perlindungan kanak-kanak.
“(Selain itu) wujudkan saluran aduan selamat. Murid mesti mempunyai akses kepada cara aduan yang sulit, mudah dan selamat , tak kisah (sama ada secara) dalam talian, melalui talian bantuan, atau kaunselor sekolah yang terlatih untuk bertindak.
“Sekolah yang gagal bertindak atau menyembunyikan kes harus dikenakan tindakan tatatertib dan undang-undang. Diam dan menafikan kebenaran mesti membawa akibat,” tegasnya.
Dia turut menggesa penubuhan Pasukan Tindakan Sekolah Selamat Nasional yang dianggotai pakar psikologi, pakar perlindungan kanak-kanak, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, NGO dan ibu bapa untuk membentuk sistem tindak balas dan akauntabiliti secara masa nyata.


5 ulasan:
murid murid ni tak minta immuniti atau ada kes tarik diri cuma nak ambik SPM saja sebab jika ada kes dan salah mereka bukan hukuman gantung sampai mati !!!
TT belum tengok video depa lagi ka...atau buta tik tok...nak bukti apa lagi depa sendiri dah bagi bukti senang kerja polis dan makamah...kakakakka...
merogol dengan video belum didapati bersalah.. zaman a.i ni mungkin cuma video a.i.. video a.i bukan video anwar ibrahim.. walaupun betul a.i juga ada video..
kah kah kah
kau jangan nak temberanglah. kau ingat banduan tiada hak dalam perlembagaan malaysia ke? kau ingat ini somalia tempat lahir kau ke? kah kah kah!
Bagus menteri pendidikan ini seekor, kerana dia seorang seluruh kerajaan Madani dikecam, macam dulu ada Rosmah Mansor, sekarang ada Fadhlina amin, bagus simpan dia supaya cepat bungkus, bukan sebab PN ini semuanya baik, mereka pun jenama hampeh juga, apa lagi Mahiaddin Hamzah Hj Hadi semua jenama kitar semula apapun menteri pendidikan ini terbaik, lingkup cepat seronok sendiri, berjalan ke sini ke sana dengan konco pembodek setiap masa, kalau masuk Nibong Tebal confirm lingkup woit kah kah kah
Catat Ulasan