PAGI INI
PAGI INI
SENIN 20 OKTOBER 2025
LAGI 5 HARI TRUMP SAMPAI
TOLAK TRUMP TOLAK MADAFAKA
Lagi 5 hari Trump akan sampai ke Malaysia untuk ASEAN – ini peluang besar untuk kita semua berdemo. Sekali seumur hidup kita dapat berdemo lawan Trump. Kita dapat maki hamun Presiden Amerika . Ini sejarah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Bukan selalu Trump datang ek Kuala Lumpur. Madafaka membuat satu perkara yang baik – buat konferensi di Kuala Lumpur TIDAK di Putarjaya. Ini peluang untuk RAKYAT berdemo – Bayangkan jika di Putarjaya – susah nak berhimpun di sana – kena ada kereta – moto atau bas – DI KL kita boleh naik LRT- Amin
TUNGGU – maklumat detail - mana berhimpun ke arah mana berarak.
YANG JELAS 24 OKTOBER berhimpun di Dataran Tabung Haji – berarak ke Pejabat Duta Amerika – Kumpul jam 10 pagi.
PRN SABAH
Makin hangat- Isu RASUAH kini panas – juga isu SABAH UNTUK SABAHAN makin naik . Sentimen ini timbul kerana rakyat melihat Madafaka lemah tak ada sokongan Melayu. Ini menyebabkan Sabah dan Sarawak boleh pau kerajaan Persekutuan.
Ada kes kerajaan kena saman. Ada wujud syarikat minyak baru. Semua ini kerana kerajaan Madanon Madafaka lemah.
YAKINLAH – sapa saja menang di Sabah – Madafaka akan beli – kah kah kah.
MADAFAKA talipon sini – talipon sana – jadi BAPA TALIPON kah kah kah
GAZA
Tembak menembak berlaku - Dua soldadu Zionis berjaya di bunuh oleh Hamas. Isreal kini gunakan PEMBELOT untuk melawan Hamas.
UKRAINE
Presiden Zelensky minta negara sekutu Eropah jangan berlembut dan di pengaruhi oleh Putin. Zelensky gagal dapat senjata dari Trump.
IRAN
Negara ini umumkan tamat PERJANJIAN NUKLEAR yang di tanda tangani 10 tahun dulu. Kini Iran BEBAS nak buat apa saja.
FRANCE
Rompakan besar berlaku di Muzium Louvre Paris – barang kemas TIDAK TERNILAI di samun dalam masa 7 minit saja.
HOKKIEN
Pagi ini kering cerah segar. Matahari tidak kelihatan. Langit putih kelabu. KL & KL Sentral berkabus agak tebal. Kemarin ada wilayah KL yang hujan.
Hokkien sunyi – tak ada sapa bekerja – cuti Dewali - yang berkokok Jantan Muda – dan Tekukur berlagu. Pipit terbang dalam kumpulan kecil.
Di Makam biasa gua lambakan nasi - semua Puppy turun kali ini. Paling awal datang Siti dan Jantan Baik.
Kemudian Siti ikut gua – dia tahu dia akan dapat Friskies - Tapi gua lihat Siti masih kurus – apakah ada cacing ?
Malam kemarin gua sambut Dewali di Changkat Bukit Bintang - berjalan dan berHarimau di jalan Alor – wow indah Mat India main mercun dan bunga api. Amin
Hari ini akan panas – jika petang hujan malam santai sejuk. Amin.
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI
DEWALI DENGAN SENYUMAN
BRO
Cintai lah sesama manusia sama seperti Ibu Lembu mencintai anaknya.
BRO
Ajaran Hindu mengingatkan kita – baik buruk yang berlaku pada kita hari ini – semuanya kerana apa yang telah kita lakukan dulu.
BRO
Karma – lu buat jahat – satu masa nanti JAHAT akan datang cari lu. Amin.
LAKUAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan