Isnin, 13 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SENIN 13 OKTOBER 2025

JANJI DAMAI


TRUMP DAN GAZA
Ketika tulisan ini digarap Trump  masih dalam pesawat Air Force One – dalam perjalanan ke Tel Aviv. Ke sana untuk merayakan pembebasan  orang tawanan Hamas.

Trump juga di lapor akan berucap di Parlimen Israel. Kemudian  Trump akan terbang ke Mesir untuk  Sidang Kemuncak Damai Gaza Isreal.    Presiden Sisi akan jadi tuan rumah – juga beberapa ORANG pemimpin Eropah akan ikut sama.

Ini BUKAN penyelesaian Perjuangan Palestin – ini untuk menjadikan Gaza hartanah  untuk pembangunan.  Trump dan Tony Blair akan mengendalikan projek ini. 

NOTA : Tony Blair ialah Penjenayah Perang Iraq.

Malaon-malaon ini akan berkumpul di kota Sham al-Sheikh – wilayah peranginan lumayan untuk Tok Arab kaya. Justeru inilah contoh wilayah peranginan yang di impikan oleh Jared Kushner – Yahudi Zionis  menantu Trump.

Di lapor Hamas dan Isreal tidak akan ada dalam upacara tanda tangan ini – kenapa?  

Kita lihat dan tunggu apa yang akan terjadi seterusnya.

GAZA
Tapi kita semua wajib berterima kasih pada Trump yang telah memaksa Setanyahu menamatkan perang ini.  Terlalu banyak dah mati. Terlalu banyak dah hancur – semua ini adalah projek Zionis Blackrock yang mahu menjalankan PROJEK ISRAEL RAYA. Amin.

WARGA NEGARA
Kes ini makin memperlihatkan bahawa kerajaan Madafaka ini semakin gila dan songsang.  Ini alah contoh Madani di mana kerakyatan di beri pada : tak tahu siapa tapi WARGA SABAH yang  berkurun-kurun duduk di Sabah Tidak dapat  jadi warga negara. Palat !!!

INI KERJA SAPA ? jeng jeng jeng – Berita mula tersebar bahawa ini kerja Mahathir Muhamad ? Betul ke ? Jika betul Mahathir wajib di tangkap !!! Jeng jeng jeng.

TEBING BARAT PALESTIN
Pembelot geng Mahmud Abbas telah bersetuju untuk  menerima Tony Blair dalam Lembaga Gaza.

GAZA
Isreal telah berjaya mendirikan satu lagi geng samseng pembelot dalam Gaza. Geng ini di beri senjata untuk melawan Hamas. Kemarin lebih dari 20  orang telah mati dalam pertempuran antara Hamas dengan Geng  Pembelot ini.

AMERIKA
Soldadu Amerika tidak akan masuk ke Gaza. Soldadu di perlukan untuk memastikan gencatan senjata ini berjalan dan di patuhi. Soldadu dari negara mana?

IRAN
Presiden Iran dan Menteri Luar Iran telah mengumumkan bahawa Iran TIDAK AKAN HADIR  dalam sidang damai di Mesir. Iran  telah menerima jemputan dari TUAN RUMAH MESIR.

FRANCE
Presiden Macron menubuhkan kerajaan baru. PM lama di panggil dan muka-muka lama datang kembali. Nak selesai bajet yang TIDAK berjaya di luluskan dalam Parlimen.

HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk segar. Petang kemarin ujan. Langit berawan putih. Matahari tidak muncul. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Dari jauh gua lihat semua senyap dan kosong – kemana pergi semua Warga Hokkien –  lalu gua bersuara... puci puci puci... ha ha dari  bukit dari celah makam Puppy datang – kali ini Puppy Hitam adik beradik pun  berkejar sama.

Bila gua letakan makanan   - Emak dan Jantan Baik datang – maka kenduri bermula.

Pagi yang indah ialah pagi melihat Warga Hokkien makan kenduri. Tapi kali ini gua dengar suara bergaduh -  ha ha – pasti berebut tulang ayam .

Pipit bertebangan. Tekukur berlagu. Gua ternampak saekor Tiong turun melayang ke tempat gua letakkan nasi.  

Pagi ini pagi indah.  Hari ini akan panas. Jika petang hujan  - malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUMLAH 
DI PAGI SENIN

BRO
Bila lu ada kucing  - bila  lu ada burung -  bila  lu ada anjing – lu pasti hidup berdisiplin – teratur.

BRO
Sosok yang ganas dengan haiwan adalah sosok yang kurang kasih sayang ketika membesar.

BRO
Bila lu jatuh cinta dengan Minah atau Mamat  yang ada kucing atau anjing lu pasti hidup bahagia, Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apasal Tony Blair pulak?

Kan ada seorg "democratically elected eye doctor" (sorry ya, bukan Wan Azizah) yg jugak boleh membantu mentadbir and menjaga wilayah Gaza ni?

(hehehehe)