Khamis, 16 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI  INI

KHAMIS 16 OKTOBER 2025

DAMAI 2025


SETANYAHU  MULA BUAT KERENAH
Di laporkan Setanyahu dah mula buat kerenah – Malaon ini beri arahan pada IDF  untuk bersiap sedia  menyerang untuk menghapuskan Hamas .
Bila gencatan senjata berlaku jelas kelihatan Hamas masih lagi di lihat sebagai pentadbir dan pengawal warga Gaza. Sana sini  gerila Hamas menjadi pengawal keselamatan. Sana sini kaki tangan Hamas mengurus pentadbiran Gaza.

MAYAT TAWANAN
Setanyahu gunakan isu mayat tawanan yang masih belum di pulangkan – masih ada berbelas  mayat warga Israel yang masih belum di temui.

Mereka ini mati kena serangan bom Isreal semasa dalam tahanan. Ada yang mati dalam terowong. Ada yang mati dalam bangunan. Mayat ini sedang di cari.
Palang Merah mengatakan mungkin mengambil masa berminggu – Maka perkara ini di jadikan sebab untuk Isreal TIDAK menghormati Janji  Gencatan Senjata.

Gua rasa dalam masa terdekat BENTROKAN akan bermula. Ketika ini Israel sedang menggunakan SATU KUMPULAN PEMBELOT – untuk menyerang Hamas. Kumpulan ini adalah Arab Palestin tapi di upah dan di beri senjata  oleh Israel untuk buat huru hara.

Pertempuran antara Hamas dengan Barua  Isreal ini telah berlaku.  Ini akan berterusan. Di Tebing Barat Al-fatah dan PLO dah jadi subkontraktor kepada Zionis Israel.  Mahmud Abas ialah barua Isreal – sama peranan yang di mainkan oleh Tunku

Ini sama seperti zaman Darurat di Tanah Melayu 1948  – Inggeris mengupah United Malays National Organisation melawan  para Nasionalis yang berjuang melawan Inggeris. 

LETERIK PADAM
Leterik padam di PJ ? Dan di banyak kawasan lain ? Pasai apa ini berlaku – ini projek apa? Ini latihan apa ? ini nak olah apa?  Malu nanti jika Trump sampai leterik putus – kah kah kah

VENEZUELA 
Negara Venezuela ini sedang menjadi sasaran Trump. CIA dan askar gelap Amerika sedang di hantar untuk menjatuhkan kerajaan Maduro.

UKRAINE
Zelensky akan datang ke Rumah Putih  Jumaat ini  jumpa Trump. Malaon ini datang dengan niat untuk mendapat senjata – terutama Tomahawk – misile jarak jauh.

PAKISTAN – AFGANISTAN
Dua  negara yang klim Islam ini  telah BERGADUH - serang menyerang – banyak mati. Hari ini mereka  melakukan gencatan senjata. Yang untung Hindu dari India.

AMERIKA
Trump klim Modi dari India akan batalkan pembelian minyak mentah dari Rusia.

BATAM
Kapal minyak terbakar . 10 mati dan 18 cedera.

SINGAPURA
Jangan terkentut dalam bas di Singapura. Kerajaan kini ada undang-undang untuk kawal dan hukum penumpang bas yang kurang disiplin.

GAZA
Lori bawa bantuan ke Gaza  kini di benarkan masuk. Kemarin di sekat. Ratusan lori  dari Mesir kani masuk ke Gaza.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Kemarin panas sampai ke petang, Matahari bersinar lemah. Langit berawan putih. KL & KL Sentral berjerebu. 

Gua belum sampai lagi  ke hadapan Pokok Ara -satu  kumpulan telah menyalak marah.  Ini bukan  warga yang selalu datang makan. Ini kumpulan  baru.

Ha ha Siti Gaza dan Jantan Baik menghampiri gua. Makanan  gua  letak atas makam. Emak dan Bapak datang makan. Siti Gaza ikut gua – dia mahu Friskies – tak minat nasi – kah kah kah.

Berjalan pulang Jantan Baik dan Siti Gaza ikut gua – hingga ke wakaf – kali ini  Siti  dapat hati ayam – sama macam yang di makan oleh Tak Tak dan Ezi – kali ini Siti dah berani ambil hati ayam dari tapak tangan gua – wow – satu pembaharuan.

Hokkien agak sibuk – banyak pekerja lalu lintas naik motosikal -  Tapi suara Tekukur dan Pipit masih boleh di dengar.

Berjalan pulang di pintu masuk Murai berkicau -  gua rasa lebih dari saekor – kerana suara Murai  ada dua tiga rima - tapi indah – Pagi jika Murai  berkicau hari akan jadi indah.

Hari ini akan panas. Apakah petang akan hujan ? dan leterik padam ? jeng jeng jeng.

BRO
SENYUM
SENYUM DAN SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Lu bertemu lu berkawan lu kenal dia – bawa dia sepanjang hidup.

BRO
Lu jangan lupa talipon kawan lu – sekarang talipon percuma –  tanya khabar dan ajak  sembang kedai kopi.

BRO
Jangan  lupakan kawan -  jauh tidak jadi  halangan  tapi jangan lupa. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: