PALESTIN MERDEKA
KEJAYAAN HAMAS
Ketika tulisan ini di garap Perjanjian Gencatan Senjata Damai 2025 - 13 Oktober 2025 - yang di teraju oleh Presiden Donald Trump masih berjalan. Bentrokan kecil berlaku. Tuduh menuduh antara Hamas dan Isreal kedengaran. Ada warga Palestin terbunuh. Ada soldadu Isreal meledak mati.
Israel tidak puas hati kerana mayat warga Israel dalam tawanan Hamas masih belum semuanya di pulangkan. Hamas menyatakan masa di perlukan untuk mencari mayat yang terkambus dalam runtuhan bangunan.
Lembaga Palang Merah juga memiliki pendapat yang sama. Tawanan ini telah terkorban apabila tempat tahanan mereka kena serang atau di bom dari udara. Untuk memberatkan keadaan Israel telah melarang bantuan jentolak besar masuk dari Turki untuk membantu mencari mayat.
Pemerhati geopolitik kebanyakan berpendapat bahawa gencatan senjata ini hanya untuk sementara. Ini kerana agenda utama : pembebasan Palestin yang di jajah oleh Isreal semenjak tahun 1948 tidak disebut langsung dalam 20 poin Damai 2025. Tidak dapat tidak selagi Palestin tidak berjaya mendirikan sebuah negara Palestin yang bebas berdaulat merdeka - perang sentiasa berada di belakang pintu.
Palestin Merdeka bebas dari penjajahan Isreal adalah kunci damai di Timur Tengah. Jika negara Palestin tidak wujud - Palestin dan Israel akan terus berperang. Politik dunia akan terus tegang. Ancaman perang akan terus segar. Ini hakikat.
Ini tidak bermakna gencatan senjata yang berlaku sekarang tidak bermanfaat. Langkah Trump mengadakan gencatan senjata Damai 2025 ini adalah baik. Projek genosid Netanyahu di hentikan. Angka kematian warga Palestin berkurangan . Bantuan makanan dan perubatan boleh masuk ke Gaza.
Tetapi Gaza masih tegang. Fasa pertama membebaskan tawanan telah selesai. Fasa ke dua ialah pengunduran bala tentera Isreal kembali ke sempadan sebelum 7 Oktober 2023. Fasa ke dua ini telah bermula tapi soldadu Israel masih lagi berlegar bebas di Gaza.
Warga dunia dan negara-negara yang hadir sama dalam Damai 2025 sedang memberi perhatian terhadap Gaza. Warga dunia walau pun ada kesangsian terhadap Damai 2025 tapi merasa lega kerana projek genosid Israel terhenti. Kebuluran yang merebak dapat dikendurkan.
Fasa Kedua belum tuntas . Fasa Ketiga ialah membangunkan kembali Gaza. Pemaju dan pemodal sedang memberi perhatian apakah Damai 2025 ini akan sampai ke fasa tiga. Tok Arab yang kaya raya dilaporkan akan mengeluarkan dana untuk membangunkan kembali Gaza.
Negara-negara Islam juga di laporkan akan membantu Projek Gaza Baru yang akan di kepalai oleh menantu Trump dan Tony Blair.
Dalam masa yang sama berita dari Gaza memperlihatkan gencatan senjata ini goyah. Keadaan ini mendorong ramai pemerhati geopolitik berpendapat Netanyahu hanya mahu tawanan di bebaskan. Atas kejayaan ini Netanyahu akan memulakan kembali serangan untuk menghapuskan Hamas.
Netanyahu mahu Hamas melucutkan senjata. Presiden Trump juga mahu Hamas bergerak tanpa senjata. Malah Trump mengancam akan ‘membuat sesuatu’ jika Hamas gagal melucutkan senjata.
Jawapan dari Hamas jelas tanpa berselindung. Hamas tidak akan melucutkan senjata. Hamas hanya akan melucutkan senjata dan menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa Kerajaan Palestin. Selagi Kerajaan Palestin tidak wujud selagi itu Hamas akan terus berdiri sebagai gerakan politik bersenjata.
Dalam falsafah taktik perang gerila : Daulah akan di lihat kalah jika kumpulan gerila yang di lawan gagal di hapuskan.
Kumpulan gerila akan dianggap menang jika mereka masih hidup dan belum berjaya di hapuskan.
Guru besar perang gerila ialah Mao Zedong. Dia mengajukan taktik gerila mengepong bandar dari desa. Mao menunjukkan bahawa : Kuasa politik muncul dari muncung senapang.
Justeru jika Hamas tidak ada senjata maknanya Hamas hanya harimau kertas tidak memiliki apa-apa kuasa. Tidak berupaya mencatur kerja politik.
Setakat ini garis perjuangan bersenjata Hamas di lihat tepat dan betul. Dalam perjuangan melawan penjajah senjata ialah kunci utama. Kemerdekaan dan pembebasan tidak akan di berikan oleh kuasa kolonial yang menjajah.
Mustahil Zionis Isreal akan menghadiahkan bumi Palestin kepada Hamas atau kepada PLO.
Kemerdekaan bukan wujud dengan di minta-minta tapi wajib di rampas dengan perjuangan bersenjata. Tanah Melayu telah mengalami dan berhadapan dengan keadaan yang sama di zaman penjajahan Inggeris.
Inggeris mengundur diri pada tahun 1957 bukan kerana Tungku dan Kolonial Inggeris berunding di London. Tungku di London kerana wujudnya perjuangan bersenjata Gerakan Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya melawan Inggeris.
Tanpa gerakan bersenjata mustahil Inggeris akan mengundur diri pada tahun 1957. Tunku hanya membuat lawak berdiri apabila dia klim kemerdekaan Tanah Melayu dicapai tanpa tumpah darah. Ini dialok komidi dari Budak Kolonial Inggeris.
Pada tahap ini Hamas telah berjaya dan menang dalam perjuangan menentang Zionis Israel. Satelah Perjanjian Oslo dan diwujudkan Penguasa Palestin- Palestin Autoriti - isu dan agenda Palestin tenggelam.
Taufan Al-Quds pada subuh 7 Oktober 2023 mengubah semua lanskap politik Palestin dan politik dunia. Agenda Palestin yang jadi lemau dan hampir padam melonjak menjadi agenda politik dunia yang hangat.
Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September 2025 menunjukkan , Negara Palestin diiktiraf sebagai negara berdaulat oleh 157 daripada 193 negara anggota PBB.
Negara seperti Ireland, Portugal , Sepanyol , Columbia telah lama menyokong Palestin Merdeka. Sesudah 7 Oktober angka sokongan berlibat ganda . Malah negara-negara sahabat Isreal seperti Canada, UK dan Perancis kini telah bangun menyatakan sokongan kepada Palestin Merdeka.
Ini hasil kerja perjuangan bersenjata Hamas.
Paling ampuh ialah sokongan rakyat dunia terhadap perjuangan Palestin Merdeka. Ribuan rakyat di Ottawa, di London, di Dublin, di Stockholm , di Paris, di Melbourne , di Berlin, di Sydney atau di Oslo telah keluar ke jalan raya. Mereka berdemo bersetia kawan menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Di Rom Itali – kerajaan Meloni yang berhaluan kanan telah di gasak oleh rakyat Itali yang mahu kerajaan mengiktiraf Palestin Merdeka,
Parlimen Sepanyol membuat keputusan mengharamkan penjualan senjata ke Israel.
Semenjak 7 Oktober 2023 sekurang-kurangnya sebelas negara, termasuk Jordan, Bahrain, Turki, Bolivia, Colombia, Honduras, Chile, Belize, Brazil, Afrika Selatan dan Chad, telah memanggil balik duta mereka ke Israel atau memutuskan hubungan sama sekali.
Negara-negara ini tidak sanggup dianggap bersekongkol dalam projek genosid Netanyahu. Negara-negara ini mula beralih pandangan apabila melihat Israel menjalankan - ethnic cleansing - pembersihan etnik – di Gaza.
Ini hasil kerja perjuangan bersenjata Hamas.
Paling ampuh dan sedang menggoncangkan gerakan Zionis di Amerika ialah perubahan kesedaran rakyat Amerika tentang apa itu Zionisme dan apa dia negara yang di panggil Israel.
Apabila Netanyahu memulakan projek genosid di Gaza yang awal bangun bersuara menentang ialah siswa dan pelajar dari universiti tersohor seperti Havard , Yale dan Colombia.
Siswa dan pelajar. Dari universiti tersohor ini telah keluar berdemo dan memboikot kuliah. Mereka bersetia kawan dengan perjuangan adil rakyat Palestin. Gerakan siswa, pelajar dan anak-anak muda Amerika ini telah di bantai oleh Trump.
Presiden Universiti Colombia meletak jawatan kerana demonstrasi pelajar. Presiden Universiti Havard di berhentikan. Semua kerana di lihat sosok-sosok ini bersimpati dengan pelajar yang berdemonstrasi menyokong Palestin Merdeka.
Pelajar luar negara yang di lihat aktif dalam gerakan Palestin Merdeka telah di tahan. Beberapa orang pelajar luar negara telah dibatalkan visa pelajar. Ada yang ditahan dan di halau keluar dari Amerika.
Semua ini hasil perjuangan bersenjata Hamas.
Ada satu perkara amat menakutkan kaum Zionis di Amerika. Perkara ini ialah perubahan jalan cerita – naratif Isreal – kini sedang beralih.
Naratif Zionis yang telah menjadi kuasa yang mendominasi di Amerika Syarikat selama lebih tujuh dekad kini berubah. Politik Amerika menyokong Israel ini telah dipromosikan oleh lembaga lobi pro-Israel. Dipupuk oleh Kristian Zionis dan digemakan oleh media arus perdana. Kuasa Zionis ini kini dicabar satelah berlakunya pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Dalam hampir dua tahun, imej-imej seram yang tidak berbelah bahagi, bangunan runtuh rantah dan kemusnahan muncul bukan hanya di kaca TV malah di semua lantai media sosial menjadi tayangan untuk mata, hati dan fikrah warga Amerika.
Imej pembunuhan dan anak-anak kecil mati kebuluran amat mengejutkan. Semua ini telah mencipta rekod seram yang tidak dapat dielakkan. Semua ini telah mencabar naratif Zionis.
Kalu dulu semua media - leteronik dan cetak arus perdana – di dominasi oleh naratif Zionis. Kini dengan kemunculan media sosial hegemoni Zionis ini meledak pecah.
Tik Tok, Face Book , Tweeter dan Internet tidak lagi dapat di kawal oleh hegemoni naratif Zionis.
Hakikatnya dalam jangka panjang, sokongan Amerika kepada Israel akan berkurangan. Ini bermakna Israel akan dipaksa untuk mempertimbangkan semula tentang Palestin Merdeka. Isreal untuk selamat wajib membatalkan rancangannya untuk memerintah seluruh Palestin .Projek Israel Raya wajib di lupuskan.
Tinjauan pendapat mula memperlihatkan perubahan pendapat umum terutama di kalangan generasi muda Amerika. Perubahan ini jelas berlaku selepas Taufan Al Quds 7 Oktober 2023. Perubahan dilihat berlaku secara mendadak.
Tinjauan yang dijalankan oleh Pew Research pada Mac tahun 2025 menunjukkan bahawa sikap negatif terhadap Israel telah meningkat daripada 42 peratus kepada 53 peratus daripada semua orang dewasa AS sejak 2022.
Peralihan itu lebih ketara dalam kalangan penyokong Demokrat, daripada 53 peratus kepada 69 peratus untuk tempoh yang sama.
Jurang politik Amerika -Israel makin meluas. Rakyat Amerika semakin kurang bersemangat memberi sokongan menyeluruh untuk Israel – sahabat lama Amerika. Perubahan naratif Zionis ini bukan hanya berlaku di Amerika malah di seluruh dunia.
Semua ini adalah kejayaan perjuangan bersenjata Hamas
Gerakan Zionis sedang di cabar di seluruh dunia. Israel merasa tidak selamat. Apa yang akan dilakukan oleh gerakan Zionis antarabangsa ? Apa yang akan di lakukan oleh Isreal? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/758879








Tiada ulasan:
Catat Ulasan