Selasa, 7 Oktober 2025

SAPA KUMPULAN ASING ?


Prabowo kerah tentera lindungi sumber asli daripada dirompak kumpulan asing

JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengarahkan pihak tentera melindungi sumber semula jadi negara yang luas daripada pencerobohan dan eksploitasi kumpulan asing.

Beliau berkata, kumpulan-kumpulan asing sudah mencuri dan menyeludup aset Indonesia ke luar negara.

Katanya, pihak tentera mesti membantu kerajaan pusat dan daerah menguatkuasakan undang-undang bagi melindungi sumber negara serta memastikan ia digunakan untuk membasmi kemiskinan.

"Bukan rahsia lagi bahawa sumber semula jadi kita amat banyak dan selama ratusan tahun sudah diganggu, dijajah dan dijarah oleh kuasa asing.

"Hingga ke hari ini, pada saat ini juga, kuasa-kuasa tidak bertanggungjawab itu masih mencuri, menyeludup dan mengambil banyak daripada sumber kita," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-80 tentera di Jakarta.

Sejak memegang jawatan pada 2024, pentadbirannya menyasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus, kadar yang belum pernah dicapai selama beberapa dekad.

Sebagai seorang bekas jeneral, Prabowo berusaha mengawal dengan lebih ketat pelbagai sektor ekonomi.

Presiden itu turut meluaskan pembabitan tentera dalam program awam, tingkatkan perbelanjaan pertahanan, mempercepatkan pindaan undang-undang tentera, dan melantik pegawai kanan tentera untuk mengetuai syarikat milik kerajaan.

Ia termasuk menguruskan lebih daripada sejuta hektar ladang kelapa sawit yang dirampas oleh kerajaan.

Baru-baru ini, pasukan tentera mula mengedarkan ubat-ubatan dan vitamin yang dihasilkan oleh pihak mereka sebagai sokongan kepada program sosial utama Presiden.

Menurut laporan portal berita tempatan Kompas, sekitar 133,000 anggota tentera menghadiri majlis sambutan ulang tahun yang diadakan di Monumen Nasional (Monas), menjadikannya sambutan ulang tahun tentera terbesar dalam sejarah.

Selain itu, Prabowo turut menggesa anggota tentera supaya meneroka kemajuan dalam bidang teknologi dan sains, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber.

"Ikuti perkembangan ini dan pastikan anda tidak ketinggalan. Jika perlu, gantikan anggota yang sudah lapuk dengan individu yang tepat demi kepentingan negara," katanya. - AGENSI


SAPA KUMPULAN

ASING INI?

AMIN

PARA CUKONG?

TOWKAY CHINA?

AMIN

PEMODAL DARI

AMERIKA?

AUSTRALIA?

AMIN

SAPA 

YANG JADIKAN

INDONESIA 

MISKIN PAPA?

JENG JENG JENG

KHALAS

Tiada ulasan: