Harga RON97, RON95 dan diesel naik 5 sen
KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON 97 dan RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak lima sen menjadikan masing-masing RM3.25 dan RM2.65 seliter bagi tempoh 13 November hingga 19 November 2025.
Bagaimanapun menurut Kementerian Kewangan, harga bagi RON95 di bawah program BUDI95 kekal RM1.99 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM3.07 liter namun harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
Jelas Kementerian Kewangan, peningkatan harga runcit bahan api tanpa subsidi tersebut adalah seiring dengan peningkatan harga minya dunia.
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan