Sabtu, 22 November 2025

MAHARAJA TRUMP BERTITAH



Trump desak Ukraine terima rancangan tamat perang dengan Russia sebelum 27 November


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam menggesa Ukraine menerima rancangan pentadbirannya bagi menamatkan perang dengan Russia melalui penyerahan wilayah.

Trump menegaskan rakan sejawatnya di Kyiv itu perlu menerima rancangan berkenaan.

"Dia perlu menerimanya, dan jika dia tidak suka, maka mereka bolehlah terus berperang," kata Trump kepada pemberita ketika ditanya mengenai respons dingin Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky terhadap rancangan berkenaan.

"Pada satu ketika, dia perlu menerima sesuatu," katanya lagi pada pertemuan di Pejabat Oval bersama Datuk Bandar New York akan datang, Zohran Mamdani.

Semalam, Zelensky menolak rancangan AS, dengan menegaskan beliau tidak akan 'mengkhianati negara sendiri berhubung dokumen 28 perkara terbabit, yang dianggap di Kyiv berat sebelah sebagai sangat memihak kepada Kremlin.

Pemimpin Republikan berusia 79 tahun itu semakin kecewa kerana masih gagal menamatkan perang yang tercetus pada Februari 2022 selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dan kini mahu proses itu dipercepatkan.

Terdahulu semalam, Trump menetapkan tarikh akhir 27 November – cuti Thanksgiving di AS– untuk Ukraine menerima rancangan pentadbirannya bagi menamatkan perang dengan Russia.

"Saya sudah menetapkan banyak tarikh akhir, tetapi jika keadaan berjalan dengan baik, kita biasanya melanjutkannya. Namun Khamis adalah masa yang sesuai," katanya dalam temu bual bersama Fox News Radio.

Di bawah rancangan itu, Ukraine perlu menyerahkan sebahagian wilayah timur kepada Russia serta mengurangkan saiz angkatan tenteranya, menurut draf yang diperoleh AFP.

Kyiv juga perlu berikrar untuk tidak menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dan tidak akan menerima kehadiran pasukan pengaman Barat seperti yang diminta sebelum ini, meskipun pesawat pejuang Eropah akan ditempatkan di Poland.

Trump berkata jika pertempuran berterusan, Ukraine tetap akan kehilangan wilayah yang perlu diserahkan kepada Russia di bawah pelan damainya.

"Katakan apa sahaja, mereka memang sangat berani," katanya mengenai anggota tentera Ukraine yang menentang Russia.

INI TITAH

MAHARAJA

KAH KAH KAH

TRUMP GILA NAK

DAPAT HADIAH

NOBEL KEAMANAN

TAHUN  2026

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: