PAGI INI
PAGI INI
SABTU 22 NOVEMBER 2025
PANAS HUJAN
HUJAN PANAS
Cuaca makin tak menentu – kemarin hujan tak henti – kemudian cerah – pagi ini matahari bersinar indah.
Di Belem BRAZIL – COP30 sedang berbincang – hal iklim dunia yang makin panas. Patut dah selesai lebih dua minggu bersidang – tapi terpaksa di sambung kerana TIDAK dapat persetujuan tentang BAHAN BAKAR - Negara pengeluar minyak SAILANG perjanjian yang mahu di buat.
Amerika tidak hadir. Sapa wakil kita ? Nik Nazmi dah berhenti.
AMERIKA
Trump paksa Ukraine untuk terima Pelan Damai 28 poin. Sebelum 27 November wajib b beri jawapan.
UKRAINE
Presiden Zelensky menjawab : Ini tekanan dari Trump – susah nak di terima.
UK
PM Starmer akan panggil Geng Eropah untuk bincang cadangan DAMAI UKRAINE dari Trump.
HOKKIEN
Pagi ini gua nak berjalan ke pintu lif gua dengar suara How Wow – kuat betul dari Pokok Tinggi di hutan tepi pagar.
Hokkien segar basah – hujan kemarin – Matahari dah bersinar – cahaya panas di pipi – KL & KL Sentral masih berkabus. Langit berawan biru putih.
Bila masuk Hokkien suar How Wow tak dengar lagi – mungkin terbang ke PJ – kah kah kah. Tpai pagi ini hari Pipit – ratusan mereka dalam sawah rumput – Rumput dah panjang rezeki banyak.
Ha ha – Keluarga SITI datang – tak ramai pagi ini Emak dan Ayah tak ada. Siti ada pagi ini. Petang kemarin gua dah jumpa dia – ada gua beri dia makan.
Pagi ini Siti dan Jantan Baik ikut gua berjalan – lalu dapat makan spesial.
Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Malam tadi gua di NSK – ha ha – harga Blue Berry dah jatuh jadi 5 ringgit 90 sen. Gua dah beli sayur – di Chow Kit nak beli makanan Tak Tak dan buah.
Gua ampai kain – gua harap panas sampai ke petang – jika petang hujan – malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SABTU
BRO
Lu jangan remehkan perbuatan baik walau pun ianya kecil.
BRO
Apa pun cilaka yang sedang berlaku dalam negara ini – kita teruskan kehidupan untuk diri dan keluarga.
BRO
Kadang kala lu wajib di ketuk untuk lu sedar apa yang sedang berlaku dalam negara. AMIN
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan