Rabu, 5 November 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 5 NOVEMBER 2025

PLASTIK


 Ada satu berita – dah dua kali gua baca – berita hujan turun di Jakarta – Ini bukan hujan biasa. INI HUJAN PLASTIK – bukan botol plastik, cawan plastik atau pembungkus plastik turun dengan hujan, TIDAK .

Ini hujan mikro plastik – plastik halus yang kita dah tak nampak. Dia dah ada dalam hujan – hanya melalui kajian bilik makmal baru kita ketahui hujan ini hujan plastik.

Plastik dah hancur masuk dalam bumi – hanyut ke sungai – hanyut ke longkang – masuk dalam laut – di laut plastik ini pecah hancur tapi masih plastik – akhirnya  naik ke udara bersama air yang disedut mata hari – maka turun jadi HUJAN PLASTIK.

BAHAYA -  ikan di laut – udang – ketam sotong semua makan benda halus dalam laut – kini laut dah ada mikro plastik maka ianya jadi makanan ikan. IKAN ini kita beli di pasar – kita makan – MAKA KITA MAKAN PLASTIK.

Kuala Lumpur wajib adakan ujian makmal untuk melihat  berapa tinggi hujan plastik ini – PASTI WUJUD kerana Malaysia satu negara yang GILA PLASTIK -  

Hasil dari makan plastik ini ialah APA ?

Kajian wajib di lakukan. Amin.

ALAM SEKITAR
Sapa ganti Nik Nazmi sebagai Menteri Alam Sekitar – Kementerian ini amat-amat penting – ini kementerian yang menjaga masa depan negara – Ramai masih tak sedar – ramai masih ngok seperti Trump yang kata  Pemanasan Global ini satu PENIPUAN.

Gua ingat lagi kerajaan Muhyiddin lantik Tuan Mat dari parti PAS sebagai Menteri Alam Sekitar – gua marah – ini sama seperti melantik Hishamuddin Rais sebagai Imam Besar Majid  Negara. Amin.

AMERIKA
Hari ini banyak negeri dan kota di Amerika akan ada pengundian – untuk  pilih Gabenor dan Datuk Bandar.

Kali ini mata memerhati ke New York – calon dari parti Demokrat ialah HAMDANI -  garis kiri  SOSIALIS dan  penganut agama Islam -  dari laporan sosok ini akan menang.

Para Zionis di Amerika dan New  York dah marah kerana dasar yang dibawa oleh Mamdani ialah anti Zionis.

Apakah Mamdani akan selamat? New York ada kota dimana Yahudi paling ramai di luar Israel. 

Ada Yahudi sokong Mamdani tapi  Yahudi kaya semuanya Zionis menentang Mamdani. Boleh upah sapa saja untuk tembak mati. Ini Amerika. Amin.

SUDAN
Itam bunuh Itam berterusan. Sebenarnya lebih banyak Itam mati di bunuh Itam dari Arab mati di bunuh Zionis. PPB kata krisis di Sudan dah tidak dapat di kawal lagi.

GERMAN
Kerajaan German mahu warga Syria yang datang cari perlindungan ke German boleh pulang. Kerana perang dah tamat di Syria.

SINGAPURA
Undang-undang  SEBAT akan diperkenalkan  untuk KES TIPU – para Scammer wajib ambil tahu – bontot akan koyak.

CHINA
Lima  anggota geng SCAMMER MYANMAR dihukum mati oleh Mahkamah China.

AMERIKA
Bekas Naib Presiden Amerika Dick Cheney meninggal dunia.  Sosok ini ialah seorang Neocon yang meyakin Bush untuk menyerang Iraq.

 JEPUN
Awas! Negara ini sedang diserang oleh wabak  SELSEMA BURUNG.

HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk segar.  Matahari dah muncul – cahaya enak. KL & KL Sentral berkabus nipis.  Kemarin hujan sekejap.

Tekukur bersuara dari atas bukit – Ini Bukit tempat How Wow singgah -  jauh kelihatan Abang Potong rumput – gua kira  ada lima buah motosikal – ertinya ada 5 orang sedang potong rumput.
 
Tanpa gua sedar dari belakang gua Puppy Itam muncul dan yang lain-lain ikut sama – semua menunggu sarapan pagi. Lepas makan EMAK-EMAK  menjalar rehat.

Cahaya pagi ini enak – gua amat gumbira  dibakar matahari pagi – Vitamin D – dapat untuk tidur enak.

Hari ini akan panas – jika hujan petang malam sejuk berangin. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
Lu jangan sibuk bincang  macam mana rupa dan gaya sosok yang  baik berhemah.  Jadikan diri lu.

BRO
Bukan kerana hal itu sulit maka lu tidak berani – lu tidak berani  maka hal itu jadi sulit.
BRO
Jiwa lu di warnai oleh fikiran lu. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah TT masih hidup masih bernyawa masih menghasut masih teruskan perjuangan amin. Semoga diberkati kekuatan kecekapan kecekalan amin amin amin jangan lupa kah kah kah sebelum berbuat apa-apa kerana itu masih percuma belum dikenakan cukai Madani Cemerlang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada tiga anak pun, mana boleh puaskan hati semua anak, satu anak satu macam, inikan pula anak beranak kita terlalu ramai, semua nak jadi special, semuanya nak kelebihan projek nak kuota nak itu nak ini, jadi susah jadi bapa atau ibu, semuanya nak nak nak dan tidak pernah nak menjaga ibubapa, begitulah keadaan negara sekarang, anak bagi duit bagi rumah bagi kereta bagi duit minyak bagi kuota elaun bagi segalanya pun masih tidak berpuashati juga karenah anak-anak karenah manusia zaman 2025 jadi susah kah kah kah baik bela lembu di kondominium sekurang-kurangnya dapat susu woit

Tanpa Nama berkata...

hujan plastik dah kena brickfield ke? cepat mampus la. kah kah kah!