Rabu, 5 November 2025

MINAH CUN - TETEK MOLEK MATI DI BUNUH


Kes kematian pempengaruh Taiwan: Polis percaya Namewee sudah bersembunyi


KUALA LUMPUR: Polis sedang giat memburu penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sini bulan lalu.

Namewee, 42, dipercayai menghilangkan diri selepas penemuan mayat Hsien Yun Hsin, 31, di sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, pada jam 1.40 tengahari, 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Fadil Marsus berkata sebelum ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Beliau berkata pihaknya yakin Namewee sudah mengetahui laporan siasatan kes berkenaan dan pencariannya menerusi laporan media rasmi serta media sosial

"Setakat ini kami masih tidak dapat lagi mengesannya dan percaya dia sudah menghilangkan diri.

"Sebelum ini, kes kematian wanita berkenaan diklasifikasikan sebagai SDR, namun apabila diklasifikasikan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia dipercayai menghilangkan diri," katanya kepada BH hari ini.

Untuk rekod, kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan mewajibkan pihak polis melakukan tangkapan ke atas individu yang disyaki dengan kes berkenaan.

Namewee dipercayai adalah individu terakhir yang berada bersama Yun Hsin, ketika mayat wanita itu ditemui di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, 22 Oktober lalu.

SAYANG 

MINAH CUN

MATI MUDA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: