PAGI INI
PAGI INI
SELASA 11 NOVEMBER 2025
DUNIA MAKIN PANAS
COP30
Persidangan Tahunan Iklim dunia sedang berjalan di Belem – kota paling hampir dengan hutan tropika AMAZON di Brazil. Setiap tahun COP akan adakan perbincangan – Politikus – NGO – Aktivis – dan Pakar Iklim – Para Saintis – semua akan hadir.
COP di bawah anjuran PPB.
Dunia kita sedang sakit – menuju nazak – panas panas suhu panas makin naik – Ini bukan Tukar Tiub yang cakap – ini pendapat Para Saintis Iklim - malah kajian mereka akan di bentang dan di debat – saban tahun di Persidangan COP.
Menakutkan : Kenyataan SU Agong PBB Antonio Guterres kata : Panas dah melintas tahap garis merah – kita belum ada jalan pulang.
Ini bermakna saban tahun dunia makin panas - makin panas – iklim – cuaca – akan terus berubah.
Wahai umat manusia – tidak kah kamu tahu bahawa MALAPETAKA KINI MENUNGGU DI TEPI PINTU.
Yang Puki Mak ialah orang seperti Trump yang kata Pemanasan Dunia ini berita palsu – Ini betul cibai busuk – Untuk gua amat mudah untuk faham Global Warming – gua anak Jelebu – kawasan paling KERING DI MALAYSIA – kebelakangan ini dah ada banjir – Kemarin MET MALAYSIA kata Jelebu akan ada hujan lebat – INI TANDA IKLIM DAH BERUBAH.
PANAS bawa mudarat – TEHRAN kini tak ada air – ada cadangan agar ibu kota Iran di pindah.
BANJIR – Kota Jakarta makin tenggelam – akan pindah ke Nusantara di Kalimantan.
TAUFAN : Lihat sahaja – di Jamaica – taufan Melissa – memusnahkan pulau ini. Lihat saja – NOW SHOWING – Taufan sedang melanda Filipina dan Taiwan – Tempiasnya sampai ke Jelebu.
PANAS – Lihat saja di Afrika – tanaman mati – ternakan mati – warga jadi PELARIAN IKLIM – kebuluran bila sawah – jagung – gandum tak dapat di tanam kerana tak ada air.
Wahai umat manusia : tidak kah kamu sedar orang-orang terdahulu dari kamu – yang telah musnah di telan banjir di telan pasir. Lihat lah kota-kota mereka kini hancur musnah. Amin.
LALU GUA BERTANYA : sapa ganti NIK NAZMI – menteri alam sekitar ? Sapa wakil kita di COP30? Khalas
INDIA
Bom meledak dekar Red Fort New Delhi – lapan mati. Ini sapa punya kerja?
KAMBOJA – SIAM
Dua negara ini kembali bergaduh. Perjanjian di hadapan Trump yang di buat di ASEAN2025 tak jalan. Ini kerana Siam jumpa periuk api.
AMERIKA
Lebih dari 3000 penerbangan BATAL – ini kerana PENGAWAL TRAFIK UDARA – tak datang kerja – gaji tak bayar . Bajet kerajaan Trump dah lebih sebulan belum lulus.
CHINA
Karbon Co2 makin menurun hampir sifar di China. Ini kejayaan besar untuk melawan pemanasan dunia.
PERANCHIS
Bekas Presiden Sarkozy – telah 3 minggu dalam penjara - di benar keluar dari penjara untuk menunggu keputusan Mahkamah Rayuan. Mamat ini kena 5 tahun penjara KES RSUAH.
HOKKIEN
Pagi ini segar sejuk – kemarin hujan. KL & KL Sentral berkabus. Langit pucat putih – ada awan mendung – Matahari tak kelihatan.
Tapi di pintu masuk gua di sambut oleh Murai. Atas bukit Tekukur bersuara. Dalam belukar ada suara Tiuk Tiuk Tikuk – entah burung apa – suara kuat. Di udara sebuah pesawat melintas ke KLIA.
Siti dan Warga Hokkien semua menunggu gua di Wakaf Pertama – mereka dah berhijrah dari Wakaf Ke Dua - Pagi kemarin gua tak beri makan kerana hujan – tapi petang gua sampai – PAGI INI semua seronok makan.
Gua harap hari ini akan panas – ketika gua menulis cahaya matahari masih lemah – apakah akan hujan ? Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM
SENYUM DI PAGI SELASA
BRO
Lu tak perlu balas dendam pada musuh lu. Nak balas dendam cara terbaik ialah lu jangan jadi macam dia.
BRO
Apa yang berlaku lu takda upaya untuk kontrol. Tapi lu ada upaya untuk kontrol respons lu.
BRO
Bahagia ialah bila keinginan lu selari dengan kenyataan. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAAT BEKERJA


1 ulasan:
jadi cerdik berGELIGA & bahagia !!!
Catat Ulasan