PAGI INI
PAGI INI
SELASA 25 NOVEMBER 2025
HUJAN
BANJIR
Kemarin hujan tak henti-henti - air naik – banjir kilat melanda. Shah Alam ampuh – di negeri lain – di utara Kedah – Perak – Kelantan – hujan bawa air bawa banjir. Pantai Timur tengkujuh dah sampai. Musim hujan Monsun BERMULA.
Apakah 2021 akan berulang? Mungkin ? Malah bertambah berat dan lagi ganas.
Bukan kita saja – Vietnam banjir – Siam Banjir – Filipina banjir - hujan di sana sini - INI TANDA PEMANASAN DUNIA.
Masih ada lagi yang tak percaya ?
Ada yang berpendapat banjir kerana longkang kecil dan TIDAK luas – Ini bukan hal longkang ini IKLIM DUNIA – malah paling menakutkan TEMPAT TEMPAT yang TAK PERNAH KENA BANJIR KINI DI NAIKI AIR - longkang – pembetung bukan PENYEBAB. Amin
HOKKIEN
Pagi ini basah segar cerah sejuk. Langit berawan putih pucat – awan mendung masih ramai . Air masih banyak di langit. KL & KL Sentral cerah bersih dipukul hujan.
Mata hari dah keluar. Gua tak dengar suara unggas . Sebuah heli melintas mendominasi Hokkien. Dua Abang Potong Rumput bekerja – bunyi mesin kuat sekali.
Jalan basah – lopak air di sana sini.
Dari jauh Jantan Baik dan Siti menyambut – kali mereka makin jauh dari Wakaf Pertama. Sarapan dah sampai – semua Puppy makan. Malah Pendatang Baru juga cuba makan sama – mereka agak ganas - ada Jantan yang menggigit Puppy – gua halang mereka.
Siti dan Jantan Baik seperti biasa ikut berjalan – Kini Ezi, Tak Tak dan mereka dah jadi kawan baik – Siti dan Jantan Baik dapat makanan spesial.
Ketika gua menulis Sang Matahari dah keluar – Gua ampai pakaian yang lembab – gua harap panas sampai ke esok – jika hujan petang malam jadi sejuk. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA
BRO
Bila lu jatuh cinta lu kan jadi penyair – lu boleh tulis sajak macam Usman Awang.
BRO
Cinta ialah dua tubuh atas satu bantal.
BRO
Cinta ini macam kentut – lu tak dapat lihat tapi lu rasakan dia ada. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:
Memang tidak boleh salahkan longkang parit sungai sekelian, tetapi jangan buang sampah sarap, jangan tidak bersihkan, parit longkang penuh dengan kotoran tanah selut sangkut, aliran air lambat, kita bukan bodoh sangat nak salahkan orang, tetapi pihak Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis apa-apa lah cuba buat kerja betul-betul sedikit, hari bekerja payah nampak hari cuti pula sibuk sini sana sebab kena OT, itulah perangai sebenarnya di kalangan pekerja bandaraya woit, kita nampak kita tengok kita teliti woit, kalau marah ketika banjir itu cerita bodoh, jangan makan gaji buta menjadi haram jadah semuanya orang kita juga, asyik pertahan hak ketuanan tapi kerja cukup malas kah kah kah siapa termakan cili harap ada pedas sedikit jangan sampai lali terus macam Kerbau woit kah kah kah
Catat Ulasan