Sabtu, 1 November 2025

PELAN DAMAI GAZA



Turkiye anjur mesyuarat negara Islam bagi pelan damai Gaza


ISTANBUL: Turkiye akan menjadi tuan rumah mesyuarat menteri luar negara Islam pada Isnin ini bagi membincangkan pelan damai disyorkan Amerika Syarikat (AS) untuk Gaza.

Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, berkata mesyuarat di Istanbul itu akan menilai kemajuan yang sudah dicapai serta membincangkan langkah seterusnya yang boleh diambil bersama.

Jurucakap kementerian memaklumkan, menteri luar dari Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara negara yang dijemput ke mesyuarat berkenaan.

Kesemua menteri luar berkenaan sebelum ini pernah bertemu Presiden AS, Donald Trump, di New York pada 23 September lalu semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA).

"Ada sedikit sinar harapan yang muncul untuk semua pihak," kata Fidan semasa sidang media bersama rakan sejawatnya dari Estonia, Margus Tsahkna.

Menurut Fidan, perbincangan itu penting bagi mengenal pasti halangan terhadap pelaksanaan pelan damai berkenaan serta menentukan pendekatan bersama dengan negara Barat dan Washington.

Fidan juga menuduh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang mencari alasan untuk melanggar gencatan senjata di Gaza dan memulakan kembali serangan terhadap Palestin.

Katanya, Turkiye sebelum ini menghantar pasukan bantuan bencana seramai 81 anggota untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di Gaza, namun masih menunggu kelulusan Israel untuk memasuki wilayah Palestin itu.

Kementerian Luar Turkiye memaklumkan masih bekerja keras dan tentera Turkiye juga sedang berbincang mengenai kemungkinan menyertai pasukan antarabangsa bagi memantau gencatan senjata.

Bagaimanapun, Menteri Luar Israel, Gideon Saar, berkata pada Isnin bahawa adalah tidak wajar membenarkan Turkiye menyertai pasukan itu kerana sikap bermusuhan negara terbabit terhadap Israel.

"Jadi, tidak munasabah untuk kami membenarkan tentera mereka memasuki Semenanjung Gaza dan kami tidak akan bersetuju. Kami sudah menyatakannya kepada rakan kami di AS," katanya. - AFP


TURKI & INDONESIA

WAJIB HANTAR

TENTERA DAMAI

AMIN

AWAS!!!

GAZA AKAN DIJUAL

PADA MENANTU

TRUMP

AMIN

INI PROJEK

SEBENARNYA YANG

DI RANCANG 

OLEH TRUMP

KHALAS

Tiada ulasan: