Selasa, 2 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 2 DISEMBER 2025

PERBUALAN NASIONAL


ALIH PANDANGAN
Secara bijak kerajaan Madafaka  ANWAR BIN IBRAHIM telah mengalih PERBULAN NASIONAL. Satu Malaysia sedang heboh amat  heboh berbincang berbual bertik tok tentang Albert Tei, Shamsul dan Minah Proksi.  TERTIBA muncul berita TANGKAPAN JANTAN DI OTOT OTOT – jeng jeng jeng.

Ini sebenarnya adalah cara untuk mengalih Perbualan Nasional tentang KES RASUAH SHAMSUL.   Kini semua – termasuk aktivis Pembangkang secara tidak di sedari telah terjun masuk ke kancah Otot Otot.

Adalah di beritahu Kelab Sukan ini telah berjalan BELASAN TAHUN – tanpa gangguan JUSTERU kenapa sekarang nak di serbu.

Satu dunia tahu Otot-Otot – kelab sukan  - tempat sauna  mandi wap  dimana jantan bertemu jantan.

Jelas SERBUAN ini adalah  taktik untuk alih pandangan  orang ramai.  Dari berbual pasal Albert Tei dan Shamsul kini berbual tentang Pemimpin AMK kena tahan di Otot-Otot. 

HOMOSEKSUAL
Bila serbuan berlaku – maka di dapati antara 201 orang yang di tahan – Ada Pegawai Besar Kerajaan, ada Guru, ada  Pelancong luar negara, ada Orang Politik – ada Pemimpin Angkatan Muda Parti Keadilan – ertinya – ada pelbagai jenis  profesion yang di tahan.

APA MAKNA INI ?
Maknanya Gay dan homoseksual ini bukan satu yang ganjil. Wajib kita terima  bahawa DALAM MANA -MANA NEGARA DALAM DUNIA  INI ada 6-10% warga negara terdiri dari   gulungan  homoseksual – Lelaki dan Perempuan.

Ini kajian ilmiah – Homoseksual BUKAN BUDAYA BARAT – sejak zaman berzaman telah wujud  gulungan  homoseksual. Warga homoseksual berada di mana-mana. 

Homoseksual wujud di kalangan Pemikir, Seniman, Penulis, Sasterawan, Pelakon, Politikus  – malah ada jadi Menteri dan ada ayang jadi Perdana Menteri.

Malah dalam Pemenang Hadiah  Nobel juga ada homoseksual. 

Bukan hanya di Malaysia  ada PM dan  Menteri  homoseksual. Di Belgium Timbalan PM adalah seorang homoseksual  begitu juga Menteri Luar Norway.

HAKIKATNYA – seperti yang di tahan di Otot Otot  pengamal homoseksual ada di mana-mana – malah di kalangan Agamawan juga ada  pengamal homoseksual – justeru kita sering terbaca Pak Ustad kena tahan. 

NOTA : Abu Nawas   warga kota  Baghdad kelahiran Parsi yang tersohor pemikiran, shaer  dan parodi  di zaman Khalifah Harun Aminulrashid adalah seorang homoseksual. AMIN

AMERIKA
Berita tersebar Trump beri amaran pada Presiden Maduro dari Venezuela untuk letak jawatan.

INDONESIA
Jakarta kini di nobatkan sebagai kota paling besar – paling ramai penduduk dalam dunia. Ada 42 juta warga kota Jakarta. Dhaka Bangladesh hanya 37 juta. Dulu Tokyo 33 juta – kota  terbesar di dunia  kini diambil alih oleh  Jakarta.

AMERIKA
Trump beri amaran pada Israel jangan kacau dan ganggu Syria.

HOKKIEN
Pagi ini – awal lagi  dari balkoni  - gua dengar suara Keng Keng – Bila berjalan nak masuk ke Hokkien gua dengar suara How Wow dari Pokok Tinggi. Di pintu masuk Cengkerik Bersimponi.

Hokkien pagi ini cerah segar kering. Langit arah Shah Alam biru muda – arah Sungai Besi putih kelabu.  Matahari belum muncul – KL & KL Sentral berjerebu – kemarin panas sepanjang hari.

Tekukur bersuara kuat – Tiong bising. Abang Potong Rumput belum sampai.

Ha ha -Siti dan Keluarga datang berlari  ke arah pintu masuk – mereka dah meninggalkan Wakaf Pertama – Nampaknya para Puppy makin berani berjalan juah. Pagi ini Puppy makan – tanpa Emak – hanya Jantan baik yang bersama.

Hari ini gua harap akan panas hingga ke petang.  Gua rasa musim hujan monsun dah berlalu – banjir dah reda – apakah ini betul? Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA

BRO
Dalam buku ada banyak Harta Karun – lu wajib gali.

BRO
Belajar membaca  ini ialah memasang api  - setiap ayat itu ialah percikan api.

BRO
Jika rumah lu tanpa buku samalah seperti  dapur lu tak ada beras. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: