Sabtu, 3 Januari 2026

LANGKAH TERBAIK DARI TRUMP



Trump beri amaran AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan

PARIS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran AS bersedia untuk bertindak sekiranya Iran membunuh penunjuk perasaan.

Amaran itu dikeluarkan susulan demonstrasi berkaitan kos sara hidup di Iran yang dilaporkan pada Khamis, bertukar ganas dengan enam kematian direkodkan.

Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump berkata AS tidak akan berdiam diri sekiranya penunjuk perasaan aman di Iran menjadi mangsa keganasan.

"Jika Iran melepaskan tembakan dan membunuh penunjuk perasaan aman secara ganas, seperti kebiasaan mereka, Amerika Syarikat akan tampil membantu," katanya.

Protes bermula apabila peniaga di Tehran, memulakan siri mogok pada Ahad ekoran peningkatan harga barangan dan ketidaktentuan ekonomi Iran.

Mogok itu kemudian berkembang menjadi gerakan protes bersifat politik yang merebak ke kawasan lain di negara itu.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata kenyataan Trump tidak bertanggungjawab dan berbahaya, sambil menegaskan bahawa tentera Iran bersiap sedia jika berlaku campur tangan luar.

Kenyataan itu dibalas Ketua Badan Keselamatan Tertinggi Iran, Ali Larijani, yang memberi amaran bahawa campur tangan AS dalam urusan dalaman Iran boleh menggugat keseluruhan rantau.

Penasihat Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Shamkhani, menegaskan sebarang campur tangan AS akan mendapat tindak balas.

Iran menghadapi tekanan ekonomi akibat sekatan antarabangsa bertahun-tahun berhubung program nuklearnya, termasuk inflasi tinggi dan kejatuhan nilai mata wang.

Protes berlaku selepas Iran mengalami kelemahan terhadap sekutu serantau, termasuk di Gaza, Lubnan, dan Syria.



KITA ALU ALUKAN

LANGKAH BIJAK

DONALD TRUMP

AMIN

SERANG

 VENEZUELA

SERANG IRAN

AMIN

TENTERA AMERIKA

AKAN 

TERKANGKANG

AMIN

SATU DI LAUT

 PASIFIK

SATU DI LAUT HINDI

KAH KAH KAH

LAGI CEPAT

AMERIKA RUNTUH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lepas ini gua pergi cucuk trump kasi bom brickfields biar kau mampus! jahanam pejuang melayu. kah kah kah!