PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 3 JANUARI 2026
AUTA KELING
PEMUDA UMNO
Hari ini gerombolan pemuda UMNO akan berhimpun...opps... silap bukan berhimpun tapi berkonvensyen kah kah kah.
Gua sengaja pancing guna HIMPUN nak tengok berani atau tidak pemuda gerombolan ini berhimpun berdemo untuk pastikan parti mereka menghumbankan Anwar bin Ibrahim.
ATAU AUTA KELING
Kah kah kah – macam pemuda gerombolan amaran pada YB DAP yang amat gumbira bila Najib di tambah masa bersidai di Kajang – kah kah kah. Rupa rupanya bukan auta keling tapi hanya amaran kentut - beri 24 jam jadi ceret beret. kah kah kah.
HARI INI semua menunggu apa keputusan pemuda gerombolan – kah kah kah.
Apakah terus bersedia kena hina dan kena kencing oleh DAP ? Apakah pasrah bahawa inilah nasib diri ATAU bangun humbankan Anwar bin Ibrahim dan SELAMATKAN NAJIB – kah kah kah.
MUAFAKAT NASIONAL
Ini jalan terbaik – wajib diteroka – PAS UMNO BERSATU PEJUANG - bekerjasama untuk. Hanya satu TUJUAN : SELAMATKAN MALAYSIA.
WOIT – Selamatkan dari apa?
Dari Anwar bin Ibrahim. Amin.
AMERIKA
Trump ancam nak bantu rakyat Iran yang menentang kerajaan Republik Islam Iran. Rakyat Iran sedang berdemo lawan kerajaan. Amerika akan campur tangan jika kerajaan Iran terus tembak mati penunjuk perasaan
SWITZERLAND
Seramai 40 warga mati terbakar ketika berpesta sambut tahun baru 2026. Ini terjadi bila bunga api di letakan dalam botol champagne – api menyembur indah.
KEMBOJA – SIAM
Perang dan gaduh di sempadan berterusan sesudah mereka sedar bahawa mereka kena tipu oleh Anwar bin Ibrahim.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Kemarin hujan beberapa kali – hujan berhenti dan hujan lagi. Langit kelam pucat. Matahari tak kelihatan. KL & KL sentral berkabus nipis.
Dari atas bukit atas Pokok Tinggi How Wow bersuara. Cengkerik bersimponi.
Kumpulan Baru datang menyalak. Tak Tak hadapai mereka. Kemarin gua dah beri makan. Hari ini gua beri Friskies pada saekor yang dilihat baik.
Wakaf Satu kosong – gua berjalan arah Wakaf Tiga kemudian berpusing berjalan pulang. Melintas Pokok Ara gua nampak ratusan Pipit berputar terbang – gumbira kerana rumput masih panjang.
Tertiba di belakang gua muncul Jantan Baik dan Siti – ha ha ada sanak saudara mengekor mereka. Ha ha – gua gumbira.
Di Wakaf Pertama. Gua beri nasi dan Friskies. Makan dengan gumbira.
Dari arah jauh gua dengar suara mesin potong rumput dan suara Tiong. Pagi ini tak dengar suara Tekukur.
Hari ini akan panas. Ketika gua mengetik cahaya dah melimpah ke balkoni gua. Tak Tak menjalar tidur. Dan suara How Wow dari belakang dapur.
Jap lagi gua nak ke Chow Kita – sayur dah di beli di NSK – gua perlu buah – dan makanan untuk Tak Tak dan keluarga angkat di Hokkien. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU
BRO
Jangan risau tak tentu hala pada sesuatu yang belum berlaku.
BRO
Bukan semua perkara kita tahu. Dan lu tak perlu ada pandangan untuk semua perkara. Dan memberi penghakiman pada semua yang lu lihat dan dengar.
BRO
Jangan jadi terlalu sibuk. Buat satu perkara dulu. Fokus apa yang lu boleh kawal untuk lu berjaya.
LAKUKAN HARI INI
LAKUAN SEKARANG
SELAMAT BERCUTI



Tiada ulasan:
Catat Ulasan