Isnin, 23 Mac 2026

PELURU UNTUK MENGHASUT - PENJUAL MINYAK MAKIN MARAH


BERITA BAIK

PELURU UNTUK

MENGHASUT

AMIN



Diesel naik 

tertinggi dalam 

sejarah, komisyen

pengusaha hanya 

12.8 sen seliter


Oleh Din Minyak

DALAM tempoh kurang setahun, harga diesel melonjak daripada RM2.15 kepada RM4.72 peningkatan sebanyak RM2.57, antara kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Namun, dalam tempoh yang sama, komisen pengusaha hanya meningkat daripada 10 sen kepada 12.8 sen seliter kenaikan yang amat kecil dan tidak seiring dengan lonjakan harga tersebut.

Lebih mencabar, pengusaha berada dalam kedudukan yang tidak seimbang: mereka membeli bahan api pada harga pasaran, tetapi perlu menjual kepada pengguna pada harga subsidi.

Dalam masa yang sama, caj Merchant Discount Rate (MDR) tetap dikenakan ke atas harga pasaran, bukan harga subsidi yang diterima daripada pengguna.

Keadaan ini mewujudkan satu ketidakseimbangan struktur yang jelas:

Kos ditanggung pada harga tinggi (pasaran)

Jualan dibuat pada harga rendah (subsidi)

Caj transaksi dikenakan atas nilai tertinggi

Akhirnya, margin pengusaha terus terhakis, walaupun harga bahan api meningkat dengan ketara menggambarkan satu realiti di mana kenaikan harga tidak membawa kepada peningkatan pendapatan di peringkat runcit.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah kapitalisma. Ia untung bukan dari laba dan jual beli. Ia untung dari penindasan, penipuan dan pemerasan. Sumber asli dijarah dan diperah. Kering serta kontang. Kapitqkis akan mati. Maka, kapitalis mahu perang wajib untuk reset

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah kalau untung senyap menyap, dari atas sampai bawah sama perangai, apabila duit masuk billion dalam akaun senyum memanjang, apabila kena tangkap mula kata tidak mengenali Jho Low, kena tipu, kena songlap semua cerita karut marut keluar, kesian orang kita percaya juga, begitu juga Petronas apabila untungnya berbillion senyap menyap diam, sebaik turun sedikit mula bising melalak orang kita hebat belaka wow kah kah kah