Isnin, 20 April 2026

MENJADA BURIT BUKAN TUGAS POLIS ATAU KERAJAAN


MENJAGA BURIT

BUKAN TUGAS

 POLIS ATAU

KERAJAAN

AMIN

JABATAN AGAMA

ISLAM

BUATLAH KERJA 

YANG LEBIH

 BERFAEDAH

AMIN

SEPERTI MEMBERI 

MAKANAN PERCUMA 

KEPADA YG MISKIN 

KHALAS



Gadis 19 tahun dicekup tanpa seurat benang ketika berkhalwat bersama kekasih

KLUANG: Seorang remaja perempuan dicekup dalam keadaan tanpa seurat benang bersama teman lelakinya yang hanya berseluar dalam selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.

Remaja berusia 19 tahun dan teman lelakinya berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam operasi jam 1.30 pagi.

JAINJ dalam kenyataan, memaklumkan sebaik tiba di hotel penguat kuasa mengetuk pintu bilik dan kira-kira dua minit kemudian, seorang lelaki membukanya.

"Lelaki itu bagaimanapun cuba menutup semula pintu sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa JAINJ yang berjaya menghalangnya. Sebaik memasuki bilik hotel, penguat kuasa mendapati lelaki hanya berseluar dalam.
ADVERTISEMENT
Cars stock video 1 5Feb25Cars stock video 1 5Feb25











Disyorkan
Van Dijk wira Liverpool jinak Everton
Slot puji mentaliti Liverpool selepas aksi musuh tetangga
Sabah FC juara Piala Cabaran selepas penentuan penalti
Abraham hero Villa tumbangkan Sunderland
"Di atas katil pula, terdapat individu bersembunyi dalam selimut dan apabila ditanya oleh penguat kuasa lelaki itu tergagap untuk menjawab.


"Pemeriksaan lanjut oleh penguat kuasa wanita mendapati remaja perempuan tidak berpakaian sebelum diminta ke bilik air dengan menutupi selimut bagi menyalin pakaian," katanya.


Menurut JAINJ, pasangan itu kelihatan ketakutan malah turut merayu simpati kepada penguat kuasa supaya tidak menahan mereka.

"Mereka juga mengaku hubungan sekadar pasangan kekasih. Lelaki itu sudah bekerja dan memberitahu datang dari daerah lain yang jaraknya 50 kilometer dengan menaiki kereta. Pada mulanya, mereka sekadar bersiar serta menikmati makanan sehinggalah berakhir di bilik hotel.

"Apabila ditanya kenapa bermalam di hotel, mereka memberitahu tidak sempat pulang kerana sudah lewat malam. Penguat kuasa kemudian merekodkan keterangan dan pada masa sama turut memanggil ibu bapa pasangan ini untuk menjamin mereka.

"Pasangan ini akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana berkhalwat," katanya.

Tiada ulasan: