DUNIA DAH
BOSAN
DENGAR
AUTA TRUMP
AMIN
KALAU BERANI
MASUK SERANG
AMIN
IRAN DAH TUNGGU
SEJAK TAHUN 1979
AMIN
CAKAP BANYAK
BUANG AIR LIUR
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump ancam Iran boleh 'dihancurkan' dalam satu malam, AS beri amaran serangan besar
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau akan mengarahkan serangan besar-besaran ke atas loji janakuasa awam dan jambatan di Iran pada malam ini sekiranya Tehran gagal mencapai perjanjian bagi menamatkan perang lima minggu dengan negara itu.
Kenyataan Trump pada sidang media di Rumah Putih dibuat menjelang tarikh akhir jam 8 malam (waktu tempatan) yang ditetapkannya untuk Iran mematuhi syarat AS.
Trump menuntut Iran meninggalkan hasrat memiliki senjata nuklear serta membuka semula Selat Hormuz, laluan perairan penting bagi transit minyak.
Katanya, "Seluruh negara boleh dihapuskan dalam satu malam, dan malam itu mungkin malam esok."
"Saya harap saya tidak perlu melakukannya," katanya.
Beliau berkata, AS mempunyai pelan di mana setiap jambatan di Iran akan dimusnahkan sepenuhnya menjelang tengah malam dan setiap loji janakuasa di Iran akan tidak lagi beroperasi, terbakar, meletup dan tidak akan digunakan lagi.
"Maksud saya, pemusnahan sepenuhnya — menjelang jam 12 tengah malam, dan ia boleh berlaku dalam tempoh empat jam jika kami mahu. Kami tidak mahu perkara itu berlaku," katanya.
Pengkritik menyatakan Trump berpotensi melakukan jenayah perang sekiranya AS menyerang loji janakuasa awam, namun beliau menolak dakwaan itu pada Isnin.
"Saya tidak bimbang mengenainya. Anda tahu apa itu jenayah perang? Memiliki senjata nuklear," katanya dalam acara untuk kanak-kanak di South Lawn, Rumah Putih.
Ketua Pentagon, Pete Hegseth, berkata pada sidang media sama bahawa serangan paling berat sejak konflik Iran bermula akan berlaku pada Isnin dan memberi amaran Selasa akan menyaksikan tindakan lebih besar.
Terdahulu, Trump memberitahu wartawan pada acara 'Easter' bahawa cadangan yang dikemukakan Iran adalah tidak mencukupi.
"Mereka mengemukakan cadangan, dan ia cadangan yang signifikan. Ia langkah penting. Tetapi ia tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata, perang boleh berakhir dengan cepat sekiranya Iran melakukan 'apa yang perlu dilakukan'.
"Mereka perlu melakukan beberapa perkara. Mereka tahu itu, dan saya fikir mereka berunding dengan niat baik," katanya.
Trump turut mendakwa, tanpa mengemukakan bukti, bahawa AS mempunyai 'pelbagai pintasan komunikas' daripada orang awam Iran yang menggesa Washington tidak menghentikan usaha menggulingkan kerajaan Iran."Mereka sanggup menanggungnya demi kebebasan," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan