LAGI CONTOH
CHINA BERJAYA
TIPU MELAYU
AMIN
APAKAH
BANI MELAYU
MASIH TAK SEDAR
APA ITU
KORPORAT MAFIA
KHALAS
DOJ sita kondo mewah di New York dibeli menggunakan dana 1MDB untuk pembantu Jho Low
KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memperoleh perintah mahkamah untuk melucut hak sebuah apartmen mewah di New York yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kenyataan hari ini, DOJ berkata tindakan berkenaan menyelesaikan kes pelucuthakan sivil yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Tengah California untuk mendapatkan semula aset bernilai lebih AS$6 juta yang dikaitkan dengan dana pelaburan strategik Malaysia.
Menurut DOJ, kondominium mewah berkenaan dibeli untuk manfaat Catherine Tan May Ling, pembantu peribadi kepada Low Taek Jho atau Jho Low.
DOJ berkata, May Ling turut memperoleh keuntungan daripada aset itu menerusi hasil sewaan yang diterima.
"Mengikut perintah pelucuthakan dalam kes ini, kondominium dan hasil sewaan yang dipegang May Ling akan dilucut hak kepada kerajaan Amerika Syarikat," menurut DOJ.
Awal bulan ini, The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Laporan itu menyebut, jika permohonan berkenaan diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadap Jho Low.
WSJ memetik seorang pegawai Rumah Putih sebagai berkata permohonan Jho Low itu ketika ini bukan dalam perhatian pihak pentadbiran.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mempertimbangkan sebarang kemungkinan untuk memberikan pengampunan kepada Jho Low.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan