Isnin, 18 Mei 2026

FAUZIAH - SEBELUM SAMAN KURUSKAN BADAN DULU


FAUZIAH INI

SAMA MACAM

ROSMAH 

GEMOK BADAK

AMIN

SEKARANG NAK

MENYAMAN

KAH KAH KAH

CERMIN & TIMBANG

BADAN DULU

AMIN

ORANG GEMUK

SUSAH NAK 

DIPERCAYAI

AMIN

ZAMAN  FILEM

MELAYU 

CATHAY KERIS DULU

ADA PELAKON 

GEMUK

MACAM FAUZIAH

BERNAMA JASMIN

AMIN

JASMIN BERLAKON

HANYA DI BERI

WATAK BABU

KAH KAH KAH 

FAUZIAH INI 

MAIN PERANAN

BABU UNTUK 

ANWAR 

BIN IBRAHIM 

KAH KAH KAH

KHALAS



Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta, saman sedang dipertimbang – Fuziah


JOHOR BAHRU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berbincang dengan pasukan peguam sebelum memutuskan untuk menghantar surat saman terhadap  Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Setiausaha Agung PKR,  Fuziah Salleh berkata, keputusan bekas Timbalan Presiden PKR dan Naib Presiden PKR itu yang keluar parti dan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sudah melanggar Akta Anti Lompat Parti.

Jelas beliau, kedua-dua bekas pemimpin parti berkenaan juga masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen sebelum keluar parti.

“Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa mengumumkan bahawa pada 18 Mei, iaitu hari ini mereka akan kosongkan kerusi Parlimen masing-masing dan pada 19 Mei iaitu esok, mereka akan keluar parti.

“Itu cara mereka mengatakan bahawa Akta Anti Lompat Parti itu tidak terpakai. Tetapi saya ada bukti bahawa mereka telah pun masuk Parti Bersama Malaysia. Dalam ‘website‘ Bersama, ‘timestamp‘ (pendaftaran) pada 17 Mei,” katanya.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Advokasi Dasar Pengguna Negara 2.0 dan Bual Bicara Pengguna di Hotel Seri Malaysia di sini, hari ini.

Justeru katanya, Akta Anti Lompat Parti masih terpakai kerana mereka dipercayai mendaftar untuk memasuki parti politik lain sebelum mengosongkan kerusi Parlimen secara rasmi.

“Kalau ikut dasar Perlembagaan parti, maka mereka sudah pun lompat parti pada 17 Mei iaitu sebelum mereka mengosongkan kerusi pada hari ini.

“Jadi penasihat undang-undang kami akan kaji perkara tersebut sebelum sebarang tindakan (saman) dibuat terhadap mereka berdua,” katanya.

Ditanya mengenai lima lagi Ahli Parlimen PKR yang bergambar bersama-sama Rafizi dan Nik Nazmi dalam program pengumuman mereka di Petaling Jaya, semalam, beliau memaklumkan, tindakan perundangan juga boleh dikenakan.

“Kita akan bincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Biro Politik PKR esok. Kita akan bincang tindakan ke atas semua (yang terlibat dalam program semalam),” katanya.

Semalam, Rafizi dan Nik Nazmi dilaporkan mengumumkan keluar parti dan mendakwa tidak terikat dengan bon RM10 juta parti tersebut.

Rafizi menjelaskan, ini susulan mereka mengambil langkah mengosongkan kerusi masing-masing terlebih dahulu sebelum keluar parti.

Mereka dilaporkan akan menyerahkan surat berhubung kekosongan kerusi mereka kepada Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul hari ini.

Surat peletakan jawatan mereka daripada PKR pula akan diserahkan kepada Fuziah esok.

Susulan pengumuman itu, Rafizi dan Nik Nazmi turut memaklumkan akan mengambil alih Parti Bersama Malaysia daripada pengasas merangkap Presidennya, Tan Gim Theam sebagai platform baharu perjuangan politik mereka iaitu parti yang ditubuhkan pada 2 Disember 2016 dan aktif di Pulau Pinang.- MalaysiaGazette

 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini lah isle..tak reti jaga mulut tapi terlebih pandai menjaga akidah orang lain. Kakakaka..sack of potatoes.

Tanpa Nama berkata...

kau hina orang gemuk ya? baguslah begitu! kah kah kah!

Zangakuren berkata...

Serang peribadi orang bukan politik matang namanya

Tanpa Nama berkata...

Gemuk hotok boyot sudah semacam trendy. konsumeris. fomo. Makan manis dan minum minyak sawit diperkaya. Begitu senangnya nak sihat dan kurus kuat perkasa. Ayuh adik abang kakak, jantan purtan dan sida. Makan sekali sehari sahaja. Makan lauk pauk melayu. Makan ulam ulam. Makan ikan, itik dan telur. Makan yangvsedap sedap. Nasi segenggam sahaja. Hargai titik peluh petani jangan membazir. Gandum bukan tumbuhan asli melayu.