Sabtu, 2 Mei 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 2 MEI    2026

PERANG HARI KE 63

GENCATAN SENJATA BERJALAN


HURU HARA BERTERUSAN
Teram gaduh dengan Canselor German – Maka Teram tarik 5000 soldadu Amerika yang  duduk BERTUGAS   di German. 

Teram marah kerana Canselor German Merz kata  Iran berjaya MEMBODOHKAN TERAM – malah Merz kata Teram dah kalah dalam perang kah kah kah. INI BAIK UNTUK DUNIA.

TERAM NAIKKAN  TARIF untuk kereta Eropah masuk ke Amerika – kerana Teram kata Eropah tak jujur dalam hal jual beli barang Amerika kah kah kah.

IRAN
Teram buat Auta Keling lagi – nak serang -  nak  serang TAPI tak berani – kah kah kah

SELAT HORMUZ: Kini Iran ada 140 juta tong minyak sedang belayar  untuk di hantar ke pelanggan -  lu kira sendiri –  satu tong harga 120 dolar – kah kah  kah – 

Kapal Amerika hanya buat gempak – BERLABUH  200 kilometer dari tanah besar Iran – NAK SEKAT APA kah kah kah – Amin.

NEGERI SEBILAN
Petang ini di Jelebu ada himpunan Warih – ini projek NAK JATUHKAN UNDANG SEKARANG – ini projek nak bantu tegakkan Yam Tuan yang telah kena pecat kerana langgar adat.

KRISIS ini belum nampak reda -  Silap silap KERAJAAN TITAH  RUNTUH –TITAH  Yam Di Pertuan untuk teruskan MB yang juga melanggar adat terus jadi MB. Amin

HOKKIEN
Pagi ini basah cerah sejuk. Matahari dah keluar. Cahaya indah – langit biru indah  - KL & KL Sentral berkabus nipis – hujan lebat petang kemarin.

Ha ha – Siti dan Keluarga tunggu di tepi jalan lorong masuk – Pagi ini ramai datang kaman – Tapi tak seramai kemarin.

Siti dan Tak Tak dah jadi Abang Adik – baik berjalan dan mesra – Gua gumbira Tak Tak ada Adik Angkat bernama Siti.

Di Wakaf Pertama Jantan Baik dan  saekor lagi dah menunggu. Tiong Laki Bini pun datang sama – Siti makan atas tangan sama seperti gua layan Tak Tak – semua dapat Friskies. 

Gumbira ialah melihat Warga Hokkien makan. Amin

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke  Pasar – seperti biasa - rutin mingguan. Kali ini nak cari Kayu Resdung di Kedai Ubatan Melayu – resdung gua bikin  gatal hidung dan mata. Amin


BRO
SENYUM 
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Cinta yang indah ialah bila lu jatuh cinta lu jadi lebih baik dan lebih rajin membaca dan berani turun berdemo.

BRO
Jadikan demo budaya kita – kembangkan budaya ini  ke anak cucu  cicit.

BRO
Cinta lu tak dapat lihat – lu rasa dengan hati dan perasaan. Amin

LAKUKAN  SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: