Ahad, 24 Mei 2026

PAGI INI

 


PAGI INI






PAGI INI

AHAD 24    MEI 2026

PERANG HARI KE 87

SELAT HORMUZ

Sekali lagi Mat Teram klim Selat Hormuz akan di buka. Malah Teram kata rundingan akan berjalan tidak lama lagi – KAH KAH KAH

Iran jawab : RUNDINGAN APA ? kah kah kah

SELAT HORMUZ bukan lagi seperti 27 Februari 2026 – nak kembali ke tarikh itu adalah MUSTAHIL. Semua dah berubah!!

Selat Hormuz akan di kawal oleh Iran dan Oman – sapa lalu kena tol. Yang boleh lalu  hanya kapal milik negara yang tidak memusuhi Iran. Amin.

RUMAH PUTIH

Satu Mamat di tembak  mati berhampiran dengan Rumah Putih – APAKAH INI SANDIWARA yang di rancang untuk alah CERITA KALAH PERANG DENGAN IRAN– kah kah kah

TEATER KENCING TIKUS & EBOLA

Teater ini masih rancak berjalan -  INI PROJEK TAKUTKAN RAKYAT DUNIA dan PAKSA PAKAI KD PENGELANAN DIGITAL .

Piala Bola Dunia akan berjalan di Amerika – ini  masa terbaik buat TEATER  lepaskan virus ini  walhal ajen-ajen dah bersedia di banyak  negara untuk melepaskan virus ini.

WORLD CUP hanya teater untuk bagi gempak. Macam di Wuhan dulu – ada Sukan Dunia.

NOTA : Tiga hari dulu ada laporan satu Mamat di Malaysia kena kencing tikus kah  kah kah – berita belum DI GEMPAK kan  lagi kerana arahan belum sampai Untuk BUT HEBOH !!! amin


HOKKIEN

Pagi ini masa gua buka pintu flet nak keluar gua dah dengar suara Jantan Muda berkokok. Masuk ke Hokkien gua dengar dua genre suara Terkukur.

Pagi ini cerah segar basah. Kemarin hujan. Matahari dah bersinar. Awan bercapuk - ada awan mendung ada awan putih – sebahagian langit biru.

PAGI INI ADA LARIAN di Hokkien – ramai – ramai sungguh – muda tua jantan betina  dan kanak anak – Malah satu keluarga Melayu bawa anak dalam kereta sorong.

Tak Tak ikut sama berlari. 

Kerana ramai orang Kaum Keluarga Siti tak muncul. Gua ke Wakaf Tiga bersenam. Wow Tak Tak tunggu gua – ramai juga peminat Tak Tak.

Kemudian 3 Kereta Ambulans lalu – ini tanda akhir larian. 

Gua bergerak ke Wakaf Pertama – gua nampak warga Hokkien menunggu – dari jauh ramai datang berlari. Tiong Laki Bini juga datang – Siti datang lambat. Pagi ini semua makan di Wakaf Pertama. 

Gua gumbira ramai datang makan.

Gua rasa hari ini akan panas. Jika petang hujan – malam sejuk santai.

NOTA : Kemarin gua di Chow Kit – harga barang dan buah seperti biasa HANYA HARGA TEMPE  NAIK dari 1 ringgit sekeping jadi 1.20 sen. Amin.

BRO

SENYUM

SAMBUT PAGI AHAD

DENGAN SENYUMAN


Hendak tarah tarahlah batang

Anak rimau masuk ke pekan

Hendak marah marahlah sekarang

Mari berdemo  kita lakukan 


LAKUKAN SEKARANG

LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan: