PAGI INI
PAGI INI
JUMAAT 29 MEI 2026
PERANG HARI KE 92
GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN
AMARAN DARI PUTIN
Rusia dua hari dulu telah mengeluarkan PEGUMUMAN meminta semua tenaga DIPLOMAT yang berada di KYIV bungkus barang dan keluar dengan segera.
INI UNTUK KESELAMATAAN – kerana Rusia akan bom secara besar-besaran ke atas Kyiv dan UKRAINE.
Pada 22 Mei 2026 – pada subuh hari itu - drone Ukraine yang menggunakan teknologi syarikat ZIONIS PALANTIR telah mengebom asrama pelajar perguruan – 21 orang pelajar telah gugur – Al-Fatihah.
Justeru Putin mendapat tekanan. Maka KYIV dan UKRAINE akan diserang. Ramai di Rusia mahu sekali harung tamatkan perang ini – dah nak masuk lima tahun.
PRESIDENT ZELENSKIY berada di Sweden untuk membeli jet pesawat tempur.
Kesatuan Eropah beri 90 bilion dolar pad Ukraine untuk teruskan kacau Rusia. Amin.
PKR : PARTI KELUARGA RAMANAN
HURU HARA BERTERUSAN – apakah Anwar bin Ibrahim akan bubar Parlimen?
Anwar bin Ibrahim boleh menjadi PM untuk penggal kedua. Senang dan mudah - BERKERSAMA degan Parti Islam Pas.
TAPI Haji Hadi belum mati – kah kah kah.
Kerja sama dengan BERSATU ? Ini mungkin – tapi ...... tapi apa? Tapi bolehkan kah BERSATU dapat menang dalam PRU16 – jeg jeng jeng.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Hujan tengah malam. KL & KL Sentral berkabus nipis. Matahari dah keluar. Langit dah mula biru indah.
Basah – di pintu masuk Cengkerik gumbira. Terkukur terus berlagu. Kwok Kwok Kwok - entah suara burung apa.
Pagi ini RACUN ditabur lagi kepada WARGA KOTA KUALA LUMPUR – ini projek jahat untuk bodohkan warga – jadi lembu di cucuk hidung. Kimia yang ditabur bergerak meracun saraf kita.
Pagi ini ramai datang makan. Seperti biasa Tiong Laki Bini makan sama. Gua gumbira KERANA PAGI PUPPY ITAM dah berani datang makan. Satu yang baru.
Pulang dari bersenam di Wakaf 3 – depan Pokok Ara muncul Jantan Putih – si jantan ini nak bergurau dengan Tak Tak. Dia menjerit sambil menggigit Tak Tak – tapi Tak Tak tak ambil pot – kah kah kah.
Suara Pipit gua dengar dalam sawah rumput tapi muka tak kelihatan.
Pagi ini ada satu keluarga datang sembahyang kubur. Mereka menghantar duit ke syurga dengan cara membakar.
Hari ini akan panas. Mungkin hujan petang – malam sejuk santai. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT
BRO
Padi masak perlu di jemur
Pergi ke kolam mandi berenang
Kalau tak susun turun berdemo
PRU tak akan berjaya menang
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT






Tiada ulasan:
Catat Ulasan