Rabu, 13 Mei 2026

SAIFUDIN KDN TAK PERLU BUAT MANJA !


SATU DUNIA

TAHU JO LO

BERADA

DI NEGARA CHINA

AMIN

SAIFUDIN KDN

TAK PERLU BUAT

MANJA

AMIN

NAK TANGKAP

SERIBU CARA

TAK NAK TANGKAP

SERIBU DALIH

KHALAS 

Laporan: Jho Low mohon pengampunan Trump

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa.

Permohonan tersebut difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menurut laporan WSJ yang memetik sumber yang mengetahui perkara itu.

Laporan itu berkata jika ia diluluskan ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah di Amerika Syarikat terhadap dalang skandal 1MDB itu .

WSJ menyebut laman web Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menyenaraikan satu permohonan tertunggak bagi “Pengampunan selepas Tamat Hukuman” atas nama Taek Jho Low yang difailkan tahun ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Rumah Putih dipetik WSJ berkata permohonan Low itu ketika ini belum berada dalam perhatian pihak Rumah Putih.

ADS

Awal bulan ini, Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin mengkritik keras Kementerian Dalam Negeri kerana gagal memberikan jawapan yang jelas mengenai status Notis Merah Interpol Malaysia terhadap Jho Low, sama ada notis untuk menangkap ahli perniagaan itu masih aktif atau tidak.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Julai tahun lalu berkata pihak polis setakat ini tidak memperoleh bukti sahih mengenai keberadaan Jho Low.

Katanya, KDN melalui polis sentiasa menjalinkan kerjasama erat dan berterusan dengan pihak berkuasa serta agensi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa untuk menyiasat keberadaan Jho Low.

Media antarabangsa pada 2025 pula melaporkan Jho Low dilihat di Shanghai dan didakwa sedang bekerja dengan kerajaan China sebagai “pakar strategi di belakang tabir”.

Wartawan penyiasatan Bradley Hope dan Tom Wright berkata Jho Low menggunakan pasport palsu Australia dengan nama Greek, Constantinos Achilles Veis untuk menyembunyikan identitinya semasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain

Tiada ulasan: