Selasa, 19 Mei 2026

TERAM. HANYA GERTAK


GUA DAH TULIS

MAT TERAM

HANYA GERTAK

KAH KAH KAH

IRAN KATA

LACAU LU

KAH KAH KAH

AMIN


Trump tangguh serangan baharu ke Iran selepas diminta Qatar, Arab Saudi, UAE

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menangguhkan serangan ketenteraan baharu ke atas Iran yang dirancang pada Selasa, selepas menerima permintaan daripada beberapa negara Teluk, ketika rundingan serius perjanjian damai sedang berlangsung.

Dalam kenyataan di platform Truth Social, Trump memaklumkan keputusan menangguhkan serangan itu dibuat selepas permintaan daripada pemimpin Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Trump berkata, negara Teluk itu meminta untuk menangguhkannya selepas melihat peluang perjanjian damai mengakhiri konflik di Asia Barat dapat dicapai.

Katanya, langkah itu turut diambil selepas Iran mengancam akan melancarkan serangan balas jika AS dan Israel menamatkan tempoh gencatan senjata yang kini memasuki minggu keenam.


Tiada ulasan: