Selasa, 26 Mei 2026

URANIUM UNTUK MASA DEPAN IRAN


PEMIMPIN BARU

LEBIH TEGAS

ANTI ZIONIS

LEBIH BERANI

LAWAN AMERIKA

AMIN

TIDAK AKAN

BERKOMPROMI

AMIN

AKAN

JAGA URANIUM

UNTUK

 MASA DEPAN

KHALAS




Pemimpin Tertinggi Iran beroperasi dari lokasi rahsia susulan kebimbangan terhadap sasaran serangan

DUBAI: Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, kini dipercayai beroperasi dari lokasi rahsia dengan akses terhad kepada dunia luar, sambil bergantung kepada rangkaian kurier untuk menyampaikan mesej ketika kepimpinan negara itu bimbang terhadap kemungkinan serangan sasaran lanjut,

Ia menurut laporan eksklusif CBS News yang memetik pegawai Amerika Syarikat (AS) yang mengetahui risikan berkenaan.

Laporan itu mendakwa, masalah komunikasi dalam kepimpinan Iran menjadi halangan besar dalam rundingan dengan pentadbiran Donald Trump, apabila pegawai Iran yang diberi kuasa berunding dengan Washington turut menghadapi kesukaran berhubung sesama sendiri.

Pegawai AS memberitahu CBS bahawa apabila cadangan dihantar ke Tehran, terdapat kelewatan ketara sebelum jawapan diterima kerana mesej perlu melalui orang tengah terlebih dahulu sebelum sampai kepada pemimpin tertinggi Iran itu.

Menurut CBS, kepemimpinan Iran mengambil langkah keselamatan ekstrem susulan serangan AS dan Israel dalam Operasi Epic Fury, yang menurut pegawai risikan membolehkan beberapa tokoh kanan Iran dikenal pasti dan dibunuh.

Kebanyakan pegawai tertinggi kini dikatakan tinggal berminggu-minggu di dalam kubu bawah tanah mengelakkan hubungan langsung dan mengehadkan komunikasi kecuali jika benar-benar perlu.

Laporan itu turut menyebut bahawa pegawai kanan Iran sendiri tidak mengetahui lokasi sebenar pemimpin tertinggi mereka atau tidak mempunyai saluran komunikasi langsung dengannya.

Mesej disampaikan melalui kurier dipercayai yang digunakan khusus untuk menyembunyikan lokasi beliau, manakala Khamenei dilaporkan hanya memberikan panduan umum mengenai perkara yang boleh dirunding dan isu yang tidak boleh disentuh.

Khamenei, yang menggantikan bapanya, Ali Khamenei, yang terbunuh, tidak pernah muncul di khalayak sejak sebelum perang bermula. - ArabNews

Tiada ulasan: