BAHAYA DAPAT
VISA DI AIRPOT
AMIN
BAHAYA BESAR
PENDAATANG
HARAM DARI CHINA
AMIN
MASUK VISA
PELAWAT
TERUS LESAP
JADI SCAMMER
KHALAS
2 lelaki China disyaki scammer ditahan, 45 telefon dan 142 kad sim dirampas
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warga China dipercayai mendalangi kegiatan scammer menerusi serbuan di kawasan belukar Kampung Siram di Pasir Mas, awal pagi tadi.
Serbuan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan oleh Batalion 8 PGA dengan turut merampas 45 unit telefon bimbit, 142 kad sim dan dua kad memori membabitkan nilai lebih RM48,000.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad, berkata ketika serbuan dilakukan pihaknya mengesan dua lelaki warga China berusia 32 dan 34 tahun dalam keadaan mencurigakan.
"Kedua-dua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah dan dipercayai masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah awal pagi tadi.
"Suspek dipercayai terbabit aktiviti scammer dalam talian berdasarkan kuantiti 45 telefon bimbit dan dan 142 kad sim dalam milikannya.
"Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/62," katanya menerusi kenyataan di sini.
Katanya, tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
"Risikan dan pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan PATI," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan