BERITA
TIDAK LENGKAP
AMIN
PERKARA BESAR
IALAH
SEBENARNYA
PAGI INI
ISTIADAT
UNTUK
MENOBATKAN
YAM TUAN BESAR
BARU
KHALAS
Kekecohan tercetus pembesar adat tidak dibenar masuk kediaman rasmi Tunku Besar Tampin
TAMPIN: Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin, di sini, tempat berlangsungnya Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pagi ini bertukar tegang apabila sebilangan jemputan kenamaan tidak dibenarkan masuk di pintu utama.
Ketegangan berlaku apabila apabila pembesar berkenaan dilarang masuk ke dalam kawasan kediaman rasmi terbabit oleh pihak berkuasa.
Situasi kekecohan itu berlaku di luar pintu masuk utama kediaman sebaik pembesar adat berkenaan tiba di lokasi itu sekitar jam 9.30 pagi.
Pembesar adat yang terbabit ialah Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah; Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mad Rashad dan Datuk Undang Luak Rembau, Datuk Abd Rahim Yassin serta Datuk Syahbandar Sungei Ujong, Datuk Seri Utama Badarudin Abdul Khalid.
Turut hadir, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.
Pengamal media juga dilarang memasuki kawasan kediaman rasmi.
Situasi kekecohan itu reda apabila Tunku Besar Tampin, Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri tampil ke pintu utama dan mengarahkan pintu pagar dibuka. Berikutan itu, pihak berkuasa kemudian memberi kebenaran untuk masuk ke dalam.
Peguam, Muhammad Khairul Azam Abd Aziz yang mewakili kumpulan pembesar adat berkenaan ketika ditemui media, mesyuarat DKU berjalan seperti dijadualkan bermula sekitar jam 9 pagi dan selesai kira-kira sejam kemudian dipengerusikan Maarof.
Beliau berkata, lima ahli DKU hadir kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Pengerusi DKU, selain Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Undang Luak Sungei Ujong yang didakwa sudah dipecat, Datuk Mubarak Dohak.
"Mesyuarat DKU selesai jam 9.52 tadi dan media diminta menunggu kerana ada satu perkara besar akan berlaku (pada penghujung majlis)," katanya namun tidak memperincikan apa perkara berkenaan.
Krisis adat dan perlembagaan Negeri Sembilan mencuri tumpuan apabila Undang Yang Empat menggunakan kuasa mereka menurunkan Tuanku Muhriz dari takhta.
Mubarak didakwa dan dilaporkan dipecat daripada jawatannya dan turut diperakui oleh kerajaan negeri menerusi satu kenyataan media.
Beliau bersama tiga Undang Luak yang lain bagaimanapun menggunakan kuasa mereka dengan mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Besar, Aminuddin Harun dalam kenyataannya pada 20 April lalu menjelaskan tindakan Mubarak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz tidak boleh diterima atau diiktiraf.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan