WAWASAN RAMAI
BEKAS YANG
BANYAK
PENGALAMAN
AMIN
UNTUK MENANG
PARTI WAWASAN
WAJIB LAKUKAN
DUA PERKARA
PERTAMA:
WAJIB ADA
KERJASAMA DGN
SEMUA PARTI
AMIN
KUMPUL DALAM
KEMAH BESAR
UNTUK GULINGKAN
ANWAR
BIN IBRAHIM
KEDUA: TURUN
KE JALAN RAYA
KHALAS
Parti Wawasan Negara: Hamzah presiden, Rais pengerusi
Bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin, dilantik sebagai presiden parti politik baru Parti Wawasan Negara.
Ahli politik veteran terkenal, Rais Yatim yang keluar daripada Bersatu pada April lalu, dinamakan sebagai pengerusi parti itu, menurut laporan Harakah Daily.
Malaysiakini telah menghubungi Rais bagi mendapatkan penjelasan sama ada parti itu akan menyokong mana-mana pihak yang menuntut jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, memandangkan peranannya sebagai penasihat dan peguam kepada Undang Yang Empat negeri berkenaan.
Sementara itu, turut dilaporkan bekas ketua sayap bersekutu Bersatu Johor, Tan Lek Khang dilantik sebagai timbalan presiden, manakala Saifuddin Abdullah sebagai setiausaha agung.
Lidah rasmi PAS itu turut melaporkan bahawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, dilantik sebagai ketua penerangan.
Menurut laporan itu, lima naib presiden dilantik daripada pelbagai latar belakang, iaitu:
Bekas ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, Abdul Rahim Thamby Chik.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan.
Bekas presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan.
Bekas ketua sayap bersekutu Bersatu Pahang Leong Kim Soon dan
tokoh korporat Omar Mustapha.
Pelantikan penting lain termasuk bekas pemimpin Bersatu Wilayah Persekutuan Badrul Ezan Mohd Yusof sebagai setiausaha eksekutif, serta Arifin Tobias sebagai bendahari agung.
Arifin sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pegawai kepada Hamzah ketika dia menjadi menteri dalam negeri.
Selain itu, parti berkenaan turut mengumumkan senarai 25 ahli jawatankuasa pusat, antaranya:
bekas setiausaha Bersatu Gerik Fathul Huzir Ayob,
bekas pemimpin Bersatu Azahari Hasan,
bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ibrahim Shah Abu Shah,
Tan Tee Beng yang meninggalkan PKR pada 2010 untuk menjadi ahli politik bebas,
bekas pemimpin Bersatu yang dipecat Suhaimi Mohd Ghazali,
bekas ketua Bersatu Johor Bahru Zulkifli Bujang,
bekas ketua sayap bersekutu Bersatu Wilayah Persekutuan Simon Suresh V Varunamegam, dan
bekas presiden Perkasa Syed Hasan Syed Ali.
Pengumuman itu dibuat selepas Hamzah dan beberapa tokoh Parti Wawasan Negara berhimpun di Petaling Jaya bagi menghadiri mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan.
Pada Konvensyen Reset pada 13 Jun lalu, Hamzah mendedahkan penubuhan Parti Wawasan Negara, dengan nama parti itu dikatakan diberikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Perkembangan itu berlaku empat bulan selepas Hamzah dipecat daripada Bersatu susulan pergeseran berpanjangan dalam parti berkenaan serta pertikaian kepimpinan dengan presidennya, Muhyiddin Yassin.
%20(1).jpeg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan